Saturday 21 May 2016

Tips Susu Kekal Banyak Ketika Bulan Puasa.

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang sudi membaca blog Mama Hana.Tinggal lagi lebih kurang 15 hari untuk menyambut bulan Ramadhan al-mubarak yang mulia ini.Dalam perkongsian entri Mama Hana pada hari ini adalah tips untuk ibu-ibu yang menyusu dapat kekalkan produksi susu agar tak merudum.




Faktor utama kepada masalah penghasilan susu ibu yang berkurang di bulan puasa adalah disebabkan oleh dehidrasi yang boleh dielakkan dengan mengamalkan beberapa perkara.
Ramadan adalah bulan yang penuh dengan Barakah. Kita sebagai ibu menyusu yang berpuasa hanya perlu menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah S.A.W, pemberi rezeki untuk bayi kita.
Di sini saya kongsikan Tips-tips tersebut :


  • Jangan Tinggal Sahur
Sangat penting ibu menyusu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya untuk tubuh badan dan pengeluaran susu ibu. Walaupun sebelum ini menjadi kebiasaan ibu hanya minum ketika sahur, pastikan anda MAKAN makanan yang boleh memberi tenaga sepanjang hari. Ambil peluang ini untuk mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W untuk bersahur di akhir-akhir waktu.



  • Minum lebih banyak Air
Kerapkan pengambilan air masak sepanjang malam dan di waktu sahur bagi mengelak dehidrasi.Amalkan untuk minum sekurang-kurangnya segelas air masak setiap jam selepas berbuka dan juga setiap kali bangun untuk menyusu si kecil atau sesi pam di sebelah malam sehingga waktu bersahur. Elakkan minuman berkafein yang bertindak untuk mengurangkan jumlah cecair di dalam tubuh sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Minuman sejuk dan berais cuba elakkan juga.



  • Makan Kurma
Amalkan memakan kurma pada waktu berbuka dan bersahur.Jika ibu-ibu bukan penggemar kurma, tapi paksa diri untuk makan kurma 5 atau 7 biji setiap kali berbuka dan setelah bersahur. Jadikan kurma sebagai snek selepas berbuka puasa, selepas solat Tarawikh. Pengambilan kurma secara konsisten akan menampakkan hasil dalam penghasilan susu ibu dan akan membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. In shaa Allah Sunnah Rasullulah S.A.W akan membantu ibu berjaya menyusu walau berpuasa.



  • Pengambilan OATS
Amalkan mengambil oats dalam bentuk cereal atau minuman yang di tambah dengan madu sebelum tidur dan juga di waktu sahur untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Oat juga mampu membuat ibu rasa lebih kenyang dan tidak terlalu letih ketika berpuasa. Oats adalah salah satu makanan yang boleh menjadi milk booster semulajadi yang menjadi penggalak kepada hormon prolaktin yang menghasilkan susu ibu.



  • Makan Makanan Seimbang
Bulan Ramadhan banyak dugaan dari segi juadah berbuka. Pilih makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi dan roti yang boleh membekalkan kalori yg secukupnya sepanjang hari. Makanan harus seimbang. Setiap menu berbuka dan sahur harus ada sayur dan buah-buahan untuk membekalkan serat yang tinggi dan nutrien penting bagi ibu menyusu. Hindari makanan pedas yang boleh membuatkan ibu mudah letih dan terhidrasi. Ibu boleh maintain untuk makan 3 kali tapi harusla dengan pengambilan makanan yang seimbang iaitu pada waktu sahur, ketika berbuka puasa dan sebelum tidur.


  • Pump susu mengikut Jadual Sesi Pump
Ibu bekerjaya boleh menerukan sesi pump mengikut jadual seperti biasa. Prinsip Demand dan Supply harus diutamakan. Semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Jangan skip sesi pump hanya kerana anda berpuasa. Berpuasa dengan tips yang diberikan In shaa Allah tidak akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu selagi konsep Demand dan Supply ini dijaga.



  • Kerapkan Penyusuan
Susukan bayi sekerap mungkin secara direct feeding apabila anda bersama bayi selepas waktu kerja dan selepas waktu berbuka. Tambah kekerapan penyusuan pada waktu malam untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap penghasilan susu ibu. Ibu juga boleh pam di waktu malam setelah bayi tidur untuk ambil peluang kumpul lebih banyak stok EBM , yang membantu pengeluaran susu ibu adalah pada tahap tertinggi di sebelah malam.



  • Yakin dengan Diri Sendiri
Sentiasa YAKIN yang anda boleh berjaya menyusu walau berpuasa. Setiap hari, bayangkan yang susu anda sangat banyak untuk bayi. In shaa Allah susu akan tetap lancar walau berpuasa. Jangan berasa panik dan risau jika susu drop di awal-awal puasa. Pastikan anda amalkan pemakanan seimbang dan minum dengan kerap sepanjang tempoh berbuka dan sahur. Tubuh anda akan  menyesuaikan dengan rutin baru anda ketika berpuasa dalam masa beberapa hari. Penghasilan susu ibu akan kembali normal pada ketika itu.



  • Rehat dengan Secukupnya
Ambil masa untuk rehat seketika dan tenangkan minda dari rutin harian anda. Jika ada kerja-kerja berat, boleh dilakukan di sebelah malam selepas berbuka. Banyakkan membaca Quran, Zikir dan Doa agar dipermudahkan menjalani ibadah puasa dalam tempoh menyusu. Menyusu juga adalah ibadah. In shaa Allah akan dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan perjalanan penyusuan ini.

In Shaa Allah semua juga dengan izin Allah.Happy breastfeeding ibu-ibu semua.Tips untuk semua ibu-ibu di luar sana dan Mama Hana juga.Semoga bermanfaat.

Untuk pertanyaan tentang suplement shaklee boleh hubungi saya :
Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup)

2 comments:

  1. Tips yang berguna Puan, amat bermanfaat kepada ibu ibu yang menyusu badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea..semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang menyusu

      Delete