Selamat tengahari
Dah lunch ke??
Kalau belum jemput-jemput cuci mata dengan resepi dapurku untuk hari ini.Mula-mula terfikir juga nak masak apa hari.Fikir punya fikir tiba-tiba idea pun datang nak masak ''ikan kembung tiga rasa''.Kebetulan bahan-bahan pun ada dan ianya sangat mudah dibuat.Kira campak-campak je dah siap!!
Ok antara bahan-bahannya :
-ikan kembung yang telah siap digoreng
-1 biji bawang putih dipotong dadu
-1 biji bawang besar dipotong dadu
-1 biji tomato dipotong dadu
-lobak merah dipotong dadu (ikut nak guna banyak mana)
-1 batang serai (diketuk)
-2 helai daun limau purut (dihiris halus)
-sos tomato
-sos cili
-3 tangkai cili padi (terpulang nak pedas letak lebih)
-garam dan gula secukup rasa
CARA-CARANYA:
2)kemudian masukkan sos cili dan sos tomato dalam 2-3 sudu (terpulang nak letak banyak mana pun)
3)Selepas itu masukkan daun limau purut,lobak merah,bawang besar dan tomato
4)Masukkan juga gula dan garam secukup rasa,tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan ini tidak terlalu pekat
5)Biarkan mendidih,selepas itu bolehlah ditaburkan ke atas ikan kembung
tadaaa...inilah dia resepi mudah dan simple..air tangan isteri masak untuk suami tercinta
Maaf kalau ada terkurang..Nak lebih special boleh tambah buah potong dalam tin...Sekian untuk resepi di dapurku untuk hari ini.Jumpa di lain sesi...
untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
FB:Faezah Mohamed Said
0163102372 (wechat/telegram)
PAGES:good health for life
email:faezahmohdsaid@yahoo.com