Showing posts with label bahaya beri air kepada bayi bawah 6 bulan. Show all posts
Showing posts with label bahaya beri air kepada bayi bawah 6 bulan. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

BAHAYA PEMBERIAN AIR KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN.WAJIB BACA NI !

Assalamualaikum.Salam sayang semua.Tajuk saya ini khusus kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang umurnya 6 bulan ke bawah atau kepada yang bakal menyambut kelahiran bayi boleh dijadikan info yang sangat berguna kepada anda.


Kenapa kita tidak boleh memberi sebarang air kepada bayi yang bawah umur 6 bulan??Ada sebabnya kita tidak boleh memberi air di awal waktu usianya kecuali air zam-zam.


SEBAB-SEBAB TIDAK BOLEH MEMBERI AIR KEPADA BAYI BWAH 6 BULAN

  1. Pemberian air kosong atau cecair lain atau jus buah dan sebagainya boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.
  2. Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan.
  3. Air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu.
  4. Air bertindak sebagai vektor iaitu pembawa kuman sekiranya air tidak bersih.
  5. Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan akibat kurangnya rangsangan hisapan oleh bayi.
  6. Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku.Bagi bayi yang berumur 5 minggu,air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan rendah,bayi akan menjadi kembung dan boleh mengakibatkan sawan tarik.


Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua dan kita boleh juga mengongsi info ini dengan orang lain.Terima kasih.


Untuk sebarang pertanyaan tentang suplemen Shaklee boleh hubungi saya :

Mama Hana <<0175690765>> sms/call/whatsapp/wechat/telegram