Monday 15 December 2014

PENCUCI LEMBUT DI TANGAN DENGAN DISH WASH CONCENTRATE

Seringkali kita mencuci pinggan mangkuk pastinya tangan akan terasa kasar selepas membuat cucian kan??

Ada juga sesetengah orang akan terasa tangan panas selepas membuat cucian pinggan mangkuk...

Bagi saya kedua-duanya memang YEA!Saya sendiri selepas mencuci pinggan mangkuk terasa tangan kasar sangat dan panas.Pernah juga sampai satu tahap tangan mengelupas.

Dengan ini saya ingin memperkenalkan kepada anda atau semua suri rumah yang mengalami masalah seperti ini boleh cuba mengguna dish wash concentrate dari Shaklee.



                  handal menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan



GET CLEAN DISH WASH ternyata :

#lembut di tangan

#semulajadi,berasaskan tumbuh-tumbuhan

#tahan lama kerana kepekatannya

#menjadikan pinggan bersih berkilau

#hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki






Tahukah anda ??

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate.Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.


Dish Wash Concentrate

Selamat 

-tidak bertoksik
-hipoalergenik
-lembut ditangan
-pH seimbang


Berkesan

-amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
-formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yyang lebih banyak
-buih sabun yang lebih tahan lama


Mesra Alam

-ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
-biorosot
-tanpa fosfat
-bungkusan boleh dikitar semula
-tanpa bahan pewarna
-selamat untuk sistem septik dan pembentungan




Sejak saya menggunakan Hand Dish Wash ni saya sudah rasa perubahan pada tangan saya sendiri,tidak lagi terasa panas malah tangan terasa lembut je..Kini saya tidak perlu risau lagi dengan adanya pencuci yang lembut di tangan..Dengan kepekatannya dapat menjimatkan,tidak macam pencuci pinggan mangkuk yang lain gunakan banyak sehingga dalam sebulan perlu 2-3 kali akan membeli sabun untuk mencuci pinggan mangkuk..


1 botol hanya RM28.00 SAHAJA dan tahan BERBULAN-BULAN




                              untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :

                     faezah 0175690765  sms/call/whatsapp/wechat/telegram

                   fb : faezah mohamed said  fb pages : pengedar shaklee balakong



Monday 24 November 2014

IKAN KEMBUNG TIGA RASA ISTIMEWA

Selamat tengahari

Dah lunch ke??

Kalau belum jemput-jemput cuci mata dengan resepi dapurku untuk hari ini.Mula-mula terfikir juga nak masak apa hari.Fikir punya fikir tiba-tiba idea pun datang nak masak ''ikan kembung tiga rasa''.Kebetulan bahan-bahan pun ada dan ianya sangat mudah dibuat.Kira campak-campak je dah siap!!


Ok antara bahan-bahannya :


-ikan kembung yang telah siap digoreng

-1 biji bawang putih dipotong dadu

-1 biji bawang besar dipotong dadu

-1 biji tomato dipotong dadu

-lobak merah dipotong dadu (ikut nak guna banyak mana)

-1 batang serai (diketuk)

-2 helai daun limau purut (dihiris halus)

-sos tomato

-sos cili

-3 tangkai cili padi (terpulang nak pedas letak lebih)

-garam dan gula secukup rasa


CARA-CARANYA:


1)Tumis bawang putih bersama serai sehingga kekuningan (jangan sampai hangit yea!)

2)kemudian masukkan sos cili dan sos tomato dalam 2-3 sudu (terpulang nak letak banyak mana pun)

3)Selepas itu masukkan daun limau purut,lobak merah,bawang besar dan tomato

4)Masukkan juga gula dan garam secukup rasa,tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan ini tidak terlalu pekat

5)Biarkan mendidih,selepas itu bolehlah ditaburkan ke atas ikan kembung



tadaaa...inilah dia resepi mudah dan simple..air tangan isteri masak untuk suami tercinta


Maaf kalau ada terkurang..Nak lebih special boleh tambah buah potong dalam tin...Sekian untuk resepi di dapurku untuk hari ini.Jumpa di lain sesi...


untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

FB:Faezah Mohamed Said
0163102372 (wechat/telegram)
PAGES:good health for life
email:faezahmohdsaid@yahoo.com






Sunday 23 November 2014

KRIM AJAIB TERBAIK PILIHANKU KINI

Krim yang terlajak laris kini??

Krim apakah itu??


ni dia krim terlajak laris,pernah sampai habis stok tau kalau lambat order..nak kena tunggu lama pula bila nak ada stok..


Sebenarnya saya nak ceritakan pengalaman saya sendiri menggunakan krim herbal blend ni.Saya sangat berpuas hati menggunakan krim ni terutamanya pada anak saya,bila kena gigit nyamuk saya cepat-cepat letak krim ni,alhamdulillah tak lama lepas letak krim ni kesan gigitan semakin kurang.Lagi satu saya sapukan krim ni bila punggung anak saya nampak kemerahan melecet cepat-cepat saya letak krim ni.Dari ianya lebih teruk baik saya letak cepat-cepat kan!


Bukan sahaja saya gunakan pada anak saya,saya sendiri juga gunakan krim ini untuk kurangkan tumit kaki merekah.Yang paling terbaik saya pernah sapu krim ini seperti losyen tangan selepas menumbuk sambal/cili pasti tangan akan merasa pedih,cepat-cepat saya sapu losyen ni..Wahhh sangat menakjubkan tak sampai 5 minit pedih tangan saya akibat terkena percikan cili padi hilang.Memang sangat bagus krim ini.Tak rugi saya gunakan untuk kegunaan harian.Lagi satu ianya mudah dibawa kemana-mana sahaja.Pasti ada di dalam handbag setiap kali keluar berjalan.




1 tiub RM27.50


KELEBIHAN KRIM HERBAL BLEND

melembutkan kulit kasar dan tumit pecah

✨menyelesaikan masalah kulit gatal

✨menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox

✨menghilangkan ruam pada bayi

✨sebagai losyen untuk kegunaan harian


Boleh juga klik di sini KRIM HERBAL BLEND



untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :

Faezah Mohamed Said  0175690765 (wechat/telegram)
FB>>https://www.facebook.com/faezah.mohamedsaid
PAGES>>Pengedar Shaklee Balakong
IG>>mama_hana_jual_vitamin

Saturday 22 November 2014

KHASIAT PETOLA


Agak-agak anda makan tak sayur ni??

Nak dijadikan cerita sayur ni saya memang tak makan,tetapi sejak duduk di asrama masa tahun 2006/2007 cuba makan rupaya sedap juga yea sayur ni.Biasanya masak tumis air je!OK malam ni nak kongsi sedikit tentang khasiat sayur petola.Jom kita tengok apa antara khasiat-khasiatnya.


Petola adalah rendah lemak tepu dan rendah kalori.Ia benar-benar kaya dengan serat pemakanan,vitamin C,riboflavin,zink,thiamin,besi dan magnesium.


1)Pembersih darah

-Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan tercemar.Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.


2)Penyembuhan penyakit kuning

-Khasiat yang diperolehi daripada sayuran ini berupaya menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya membersihkan organ hati.


3)Bermanfaat untuk penyakit kencing manis

-Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing manis.Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah.Selain itu juga mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan.


4)Membantu penurunan berat badan

-Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu,ia mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolestrol ke arah badan,ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori,mengandungi banyak air di dalamnya.Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan,vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.


5)Memiliki sifat laksatif

-Sayuran ini diiktiraf kerana mempunyai sifat-sifat julap sihat secara semulajadi.Petola boleh dijadikan sebagai ubat yang amat berkesan terhadap masalah sembelit dan mugkin juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir.Ia mempunyai keupayaan membantu sistem penghadaman perut.


6)Anti-radang dan antibiotik

-Sifat anti-radang dan antibiotik seolah-olah berkaitan dengan sayur-sayuran tertentu.Ia adalah kaedah semulajadi yang sangat baik untuk menghapuskan sebatian toksik pada badan.


7)Mengukuhkan sistem imun

-Mekanisme pertahanan yang kuat bermakna badan akan lebih mampu untuk bertahan dalam jangkitan bakteria dan mengekal kesihatan.Petola dikatakan mempunyai sumber mekanisme pertahanan untuk memerangi jangkitan dan juga virus.


8)Baik untuk perut

-Selulosa yang banyak dalam petola membantu anda untuk memerangani masalah usus dan dan di samping itu membantu penyembuhan buasir.




              untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :

                                               
Mama Hana <<0175690765>>
                                            fb:https://www.facebook.com/faezah.mohamedsaid
fb pages:Pengedar Shaklee Balakong

Friday 21 November 2014

MASALAH BAU BADAN ATASINYA SEKARANG SEBELUM PARAH!!

Muka dan penampilan nampak cantik!

Tetapi pada hakikatnya ada masalah bau badan!!Pastinya kita malu jika hendak berhadapan dengan orang ramai.

Pasti ada juga yang mengejek anda kan??Tidak perlu risau mari kita kaji apakah punca-puncanya dan untuk hari ini saya juga nak kongsikan entri tips atau cara mengatasinya.Mudahan dapat membantu masalah anda.




Punca-punca bau badan


  • Berpunca dari bakteria

-Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen,jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit.Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak daripada kelenjar Eccrine.


  • Berpunca dari toksin dalam badan

-Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses proses pencernaan tidak sempurna.Pengambilan pelbagai jenis makanan,majoritinya digunakan untuk tubuh,sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin.Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal,hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.


  • Pengambilan kafein dan pemakanan yang berempah yang berlebihan

-Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak,tidak kira lelaki atau wanita.Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih,daging,rempah,kafein dan kekacang.


  • Faktor kesihatan dan genetik

-Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal,hati,jangkitan kuman,kencing manis dan tiroid.Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai masalah bau badan tiba-tiba mengalami perubahan bau badan.Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.



TIPS MENGATASI BADAN BERBAU

  1. Mandi dengan lebih kerap.
  2. Gunakan sabun antiseptik.
  3. Tukar pakaian lebih kerap.
  4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh.
  5. Gunakan deodoran dan pewangi.
  6. Kurangkan makanan yang berlemak.
  7. Makan supplement yang boleh kurangkan bau badan.



Antara supplement Shaklee yang membantu mengurangkan masalah bau badan:


ALFALFA COMPLEX



botol kecil 330 tablet RM53.75
botol besar 700 tablet RM97.50


  • Alfalfa mengandungi zat antibakteria di dalam klorofilnya.Alfalfa mengatasi bau badan dengan membunuh bakteria di dalam tubuh.Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.



GARLIC COMPLEX



60 tablet RM47.50



  • Garlic Complex diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua Allicin.Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau.Walaupun bawang putih salah satu penyebab tetapi tablet Garlic Complex tidak pecahkan sehingga ke usus kecil.Di samping itu,ia mengandungi campiran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.



HERB-LAX




120 tablet RM52.

Herb-lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus.Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah,mengurangkan bau badan,membantu masalah sembelit dan mengempiskan perut.


Selain itu boleh juga amalkan petua-petua seperti di bawah.


  • Daun sirih-Daun ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman dan bakteria.

Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam bekas yang berisi air panas.Biarkan ia sejuk,apabila rendaman itu sudah sejuk bolehlah minum air rendaman itu.Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah bau badan akan hilang.


  • Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua menghilangkan bau badan.

Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil,semasa mandi gosokkan kepingan timun itu ke seluruh badan.Setelah itu bilas air seperti biasa.


  • Bunga cengkih

Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas.Biarkan ia kembang.Kemudian minumlah air rendaman itu.Amalkan dengan kerap,insyallah masalah bau badan dapat diatasi.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.


untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Mama Hana<<0175690765>>

Sms/call/wasup

Thursday 20 November 2014

KEK PISANG KUKUS GEBU

Hai selamat petang semua...

Mood rajin untuk 'membaking' sudah datang.Lagipun saya sendiri memang suka membuat aneka jenis kek,cuma masih belajar lagi..Tak banyak yang pandai biasa-biasa sahaja bolehlah..Untuk hari ini saya nak kongsikan resepi kek pisang kukus gebu.Sedap dimakan waktu petang-petang macam ni kan!



BAHAN-BAHANNYA:

pisang 3-4 biji

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

1 cawan gula pasir (nak manis boleh lebihkan sedikit)

2 biji telur

1/2 cawan minyak masak

1 sudu teh esen vanila



CARA-CARA MEMBUATNYA:

1)Ayak tepung bersama dengan baking powder dengan soda bikarbonat.

2)Mix telur bersama gula sehingga kembang.

3)Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek,teruskan mix sehingga nampak pisang tidak berketul-ketul.

4)Selepas itu boleh masukkan tepung,kacau sehingga sebati.

5)Masukkan pula minyak dan kacau.

6)Yang terakhir masukkan esen vanilla nak bagi rasa kek lagi sedap dan enak dimakan.

7)Tuang acuan tadi ke dalam bekas dan boleh dikukus.Kalau nak bakar pun boleh.


inilah hasilnya dan masukkan dalam bekas,seterusnya boleh di kukus....



inilah hasilnya selepas dikukus



tadaa...dah siap untuk dimakan..


Selamat mencuba!!Sekian untuk hari ini..Salam sayang dari saya.

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 016-3102372 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)

fb : faezah mohamed said  fb pages : good health for life  

email : mamapae907@gmail.com




TIPS MEMUDAHKAN UNTUK BERSALIN

Menunggu masa untuk melahirkan anak??Hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk bersalin..Kadang-kadang ada juga bersalin tidak ikut due yang doktor beri,ada yang lambat ada juga yang cepat.Apa kata anda menggunakan tips-tips seperti di bawah ini,mana tahu ianya memudahkan untuk anda bersalin nanti..




TIPS-TIPS MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN


1)Dua minggu sebelum bersalin amalkan makan telur rebus separuh masak untuk memberi tenaga.


2)Bila terasa sakit hendak bersalin,makan sebiji telur mentah.


3)Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.


4)Rebus epal hijau,makan tengah sakit contraction.


5)Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan proses bersalin.


6)Semasa berada di 'labour room' banyakkan membaca Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus serta sebut 'Ya Fattah' berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit hendak bersalin.


7)Amalkan minum air kelapa muda semasa hujung-hujung bulan kehamilan,insyallah nanti bayi yang akan lahir kulitnya bersih.


8)Makan kurma dalam bilangan yang ganjil.


9)Banyakkan berjalan dan naik turun tangga,selain itu senaman yang sesuai.


10)Amalkan makan sayur bendi,sebabnya sayur bendi kan berlendir..jadi memudahkan proses bersalin.


11)Untuk senaman-duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki,pegang jari-jari kaki dan tolak kedua tapak kaki ke arah vagina.


12)Semasa proses meneran,baring sambil kaki atau betis rapat ke paha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan daripada vagina terkoyak banyak.Jangan angkat punggung semasa meneran nanti akan koyak teruk.


13)Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.


14)Semasa contraction,tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.Apabila sakit semakin kuat tarik nafas dan lepaskan dengan cepat.


15)Amalkan membaca ''Ya Khaliq,Ya Barri,Ya Musawwir'' sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.


16)Kerap bersama suami supaya laluan senang terbuka bermula kandungan 37 minggu.


Semoga ianya bermanfaat kepada semua ibu-ibu yang bakal melahirkan anak.Saya sendiri amalkan tips-tips di atas tetapi tidak kesemuanya.


Selepas bersalin pasti anda perlukan supplement untuk anda dalam tempoh berpantang.Jangan risau set Shaklee ada..

Jom klik sini Set berpantang lengkap Shaklee

Ingin membeli harga yang lebih rendah jom klik Keistimewaan menjadi ahli


Dimana boleh dapatkannya??

hubungi saya 017-5690765 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)

fb : faezah mohamed said  

  • fb pages: pengedar shaklee balakong

Wednesday 19 November 2014

EPAL TURUNKAN KADAR KOLESTROL



Buah epal antara buah yang mudah untuk didapatkan.Buah yang berwarna merah rasanya manis,manakala buah yang berwarna hijau rasanya agak masam.Tetapi buah epal hijau sering menjadi pilihan bagi mereka yang sedang menjalani program diet.Namun begitu,epal merah dan hijau sangat sesuai untuk dijadikan salah satu kudapan mudah,terutamanya ketika lapar.Juga boleh dijadikan jus.


Bukan hanya mempunyai rasa yang enak,malah buah ini memiliki manfaat yang besar untuk keperluan tubuh terutamanya dari segi kesihatan.Sebahagiannya sering diketahui adalah bermanfaat dalam penurunan berat badan.


Kandungan pektin (sejenis serat) dan polifenal (salah satu antioksidan yang kuat) di dalam buah ini menjadikan ia sebagai agen yang baik bagi penurunan kadar kolestrol darah dan pencegah oksidasi kolestrol jahat (LDL) iaitu proses kimia yang mengubahnya menjadi plak yang menyumbat arteri.Oleh itu,untuk memaksimumkan manfaat epal,disarankan makan bersama kulitnya sekali kerana di bahagian inilah terdapat antara dua hingga enam kali ganda sebatian antioksidan.


Antara sebab megapa perlu amalkan memakan buah ini setiap hari demi kesihatan tubuh badan :


1)TINGGI SERAT

-Buah ini mengandungi kandungan serat sebanyak 5 gram atau 20% daripada keperluan pengambilan serat seharian.Disebabkan buah ini agak keras,epal memerlukan nada untuk mengunyahnya dengan sabar dan hal ini dpat memberikan peluang untuk otak memberi signal pada tubuh badan anda telah kenyang.Seterusnya,ia dapat mengelakkan anda mengambil terlalu banyak kalori sewaktu makan.

-Pemanis semulajadi di dalam buah ini akan memasuki aliran darah secara bertahap dan mengakibatkan tubuh anda dapat memelihara kadar gula darah dan kadar insulin di tahap yang stabil.Hal ini juga akan membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.Ini adalah lebih baik berbanding anda mengambil snek pemanis buatan yang biasanya membuatkan anda berasa cepat lapar kembali.


2)MUDAH BERNAFAS 

-Wanita yang mengambil buah epal ketika hamil,akan melahirkan anak dengan risiko rendah untuk menghidap penyakit asma,menurut kajian para penyelidik.Buah ini juga dapat melindungi paru-paru orang dewasa,menurunkan risiko asma,kanser paru-paru dan penyakit lain.


3)MELAWAN KANSER

-Hasil kajian makmal menunjukkan bahawa beberapa sebatian di dalam buah epal yang berair (berjus) mengekang pertumbuhan sel kanser,tetapi akan bekerja secara maksimum ketika epal dimakan seluruhnya (termasuk kulitnya).Orang yang mengambil epal lebih daripada sebiji setiap hari  juga berupaya menurunkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser mulut,esofagus,usus besar,payudara ovari dan prostat.


4)BUAT LEBIH PINTAR

-Mungkin disebabkan peningkatan penghasilan asetilkolin,iaitu zat kimia yang berfungsi bagi menghantar isyarat di antara sel-sel saraf,buah epal dikatakan dapat memlihara otak kekal fokus dan tajam seiring dengan pertambahan usia,meningkatkan memori dan berpotensi mengurangkan kemungkinan mendapat Alzheimer.


Selain itu anda juga boleh amalkan supplement Shaklee bagi mengurangkan kadar kolestrol..Antaranya :


OMEGA GUARD


MANFAAT OMEGA GUARD

#Mencegah salur darah dari tersumbat
#Mengekalkan tekanan darah normal
#Mengurangkan sakit kepala
#Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
#Mengawal masalah obesiti
#Mmebantu menyihatkan paru-paru
#Meningkatkan kecerdasan otak
#Mengurangkan risiko penyakit jantung
#Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin


SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)



MANFAAT ESP SHAKLEE

#Membantu merendahkan paras kolestrol
#Membekal tenaga sehingga berjam-jam
#Sebagai ajen anti penuaan
#Mengurangkan masalah keguguran rambut
#Mencegah insomnia dan tekanan
#Mengurangkan kedutan
#Menegangkan payudara


di mana anda boleh dapatkan supplement ini??

boleh hubungi saya 016-3102372 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)

fb : faezah mohamed said   fb pages : good health for life

email : mamapae907@gmail.com

Monday 17 November 2014

TANDA-TANDA BAYI MENDAPAT SUSU YANG MENCUKUPI

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Bagaimana untuk mengetahui bayi kita mendapat susu yang cukup???

Buat ibu-ibu yang pertama kalinya menyusukan anak pastinya masih belum jelas atau belum mengetahui dengan lebih terperinci tanda-tanda anak mendapat susu yang mencukupi.Malam ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang tajuk ini kepada anda semua,terutamanya pada ibu-ibu yang menyusukan bayi.




Berikut adalah tanda-tanda sekiranya bayi anda mendapat susu yang mencukupi :


-Bayi anda kan menyusu 8 hingga 10 kali pada dua atau tiga minggu pertama.

-Payudara akan berasa lebih lembut selepas memberi susu yang mencukupi pada bayi anda.

-Kulit bayi akan berasa tegang...ia akan memantul semula apabila dicubit.

-Bayi akan menukar lampin sekurang-kurangnya enam kali tukaran dalam sehari.

-Bayi akan menelan susu dengan baik semasa penyusuan.

-Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap,atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.



Perlukan supplement/vitamin untuk ibu menyusu???




Set bajet untuk ibu menyusu.Selain ibu dapat badan yang sihat,cantik dan bertenaga anak juga mendapat susu yang mencukupi.Bayi anda pasti akan lebih lena tidurnya.


Harga bagi Alfalfa Complex


                                                 330 tablet RM53.75                                                                                                            700 tablet RM97.50                                                          




Harga bagi Soy Protein Isolate Powder (ESP)



RM150 untuk 1 canister



Di mana nak dapatkannya:

call/sms/whatsapp/wechat/telegram 0175690765

Fb:Faezah Mohamed Said  

Fb pages:Pengedar shaklee balakong


Free konsulti!!

Nak dapatkan harga lebih murah dengan lebih jimat 15%-20% jom daftar jadi ahli 


Sunday 16 November 2014

NASI BIRU VS NASI KERABU

Maaf sedikit lambat bersiaran untuk hari ini..Disebabkan kekangan anak kurang sihat sedikit meragam..Tapi tidak mematahkan semangat saya untuk mengupdate blog juga hari ini..Hari ini saya jalan-jalan cari makan bersama kawan-kawan dan juga kiranya sesi ''reunion'' kami staff-staff lama yang pernah bekerja satu tempat.Walaupun masing-masing lain hala tujuan kini,alhamdulillah hari ini perancangan kami untuk ke sana menjadi.Dah banyak kali juga rancang,baru hari ini berkesempatan ke sana.Dimana yea???Di Bandar Tasik Puteri Rawang.



inilah kedainya..kepada yang ingin mencuba boleh pergi ke sana..nak buat untuk catering pun boleh......




inilah kami yang pernah bekerja bersama suata masa yang lalu..walaupun berpisah tetap boleh berkumpul macam ni lagi...alhamdulillah



tadaa...inilah dianya nasi biru..hehehe




Sambil-sambil itu sebenarnya nak juga ''promote'' kepada yang minat atau gemar dengan masakan pantai timur bolehlah berkunjung ke kedai 'saing' saya ni di Bandar Tasik Puteri,Rawang.Dia menjual nasi kerabu,nasi dagang,pulut panggang dan pulut kelapa dengan ikan goreng.Semuanya sedap-sedap belaka.Heeeheee...Waktu buka pagi sehingga jam 3 petang..Pada yang berkesempatan atau yang ingin mencuba bolehlah ke sana yea.Nak dijadikan cerita saya yang dulunya tidak pandai dan tidak suka makan nasi kerabu ni,tetapi sejak mencubanya dengan masakan darinya sedikit demi sedikit sudah pandai makan..Malah siap mengidam lagi waktu hamil dulu...hehehhe...


Sekian..terima kasih...


untuk sebarang pertanyaan mengenai suplement Shaklee boleh hubungi 

faezah 0163102372 sms/call/whatsapp/wechat/telegram

FB:faezah mohamed said    FB Pages :good health for life



Friday 14 November 2014

PERBEZAAN ANTARA LECITHIN DENGAN OMEGA GUARD UNTUK KURUS

Assalamualaikum dan selamat petang...

Dengar tajuk bunyi macam best je kan!!Pasti ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara Lecithin dengan Omega guard.Sedangkan kedua-duanya sama berfungsi untuk menurunkan berat badan,cuma ada sedikit perbezaannya.Nak tahu??Mari saya ceritakan kepada anda yang mana masih musykil untuk mencari supplemen mana yang sesuai untuk menurunkan berat badan dengan selamat tanpa membahayakan kesihatan anda.




LECITHIN

-Diekstrak daripada kacang soya organik bukan-GMO.Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,fosforus dan lemak tak tepu.Fungsi Lecithin ialah mengemulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran.

-Emulsi lemak iaitu lemak yang dipecahkan kepada molekul lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan.Lecithin membantu membuang lemak apa yang kita makan.Diingatkan sekali lagi Lecithin berfungsi sebagai PENGEMULSI LEMAK.





OMEGA GUARD

-Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.Bukan dari hati minyak ikan tau!!Ianya tiga kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia.

-Omega Guard berfungsi sebagai pembakar lemak dengan membantu bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin.Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk mengurangkan selera makan.Jadi bila keinginan kita nak makan semakin berkurang maka dengan itu,kita boleh kekalkan berat badan yang ideal.



Kedua-dua supplement ini berbeza tindak balasnya.

Contohnya andaikan Omega Guard ini seperti kereta Honda,anda pasti tahu kereta Honda sudah semestinya bergerak pantas/laju..maka sama juga dengan Omega Guard bila kita makan pasti ia dapat membakar lemak dengan pantas,sebabnya Omega Guard memberi kita kurang rasa lapar.

Manakala Lecithin pula andaikan seperti kereta kancil pastinya anda tahu kereta honda dengan kancil mana lagi pantas bergerak,sudah semestinya kereta honda kan!!

Tetapi jika kedua-dua set ini digabungkan OMEGA GUARD dengan LECITHIN maka proses untuk anda menurunkan berat badan akan menjadi lebih pantas.




FUNGSI LECITHIN

#menyerap vitamin yang larut lemak

#melindungi hati

#pemecahan lemak dan kolestrol

#pelangsingan

#mencantikkan otot dan kulit

#memperbaiki elergi

#menghalang kejadian batu karang

#mempertingkat daya ingatan dan meringankan stress

#menghalang tekanan darah tinggi

#meringankan sembelit



FUNGSI OMEGA GUARD

#melicinkan kulit

#mencegah salur darah dari tersumbat

#mengurangkan sakit kepala

#merendahkan kolestrol

#mengurangkan risiko penyakit jantung

#mencegah penyakit gout

#memelihara fungsi-fungsi sendi


Dimana anda boleh dapatkan set ini :

fb:faezah mohamed said  sms/call/whatsapp/wechat/telegram 0163102372  

fb pages:good health for life  email: mamapae907@gmail.com

keistimewaan menjadi ahli

Thursday 13 November 2014

NOVEMBER HOLIDAY

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selama seminggu bercuti di kampung suami di Besut Terengganu.Kali ini balik tidak melepaskan peluang bersiar-siar di tepi pantai,tambahan pula semua adik-beradik berkumpul lagi bertambah meriah suasananya.Kampung suami pula sangat berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik.Antaranya pantai bukit keluang.Di sana juga boleh juga nak memancing ikan bagi yang minat memancing bolehlah memilih tempat ini sebagai salah satu destinasi nak memancing ikan.Tambahan pula sekarang di sana musim hujan,jadi banyaklah ikan-ikan sungai.Burung-burung pun banyak juga di sana kerana tempat sawah padi.Padi pun tengah masak sekarang ni.









untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 

sms/call/whatsapp/wechat/telegram 0163102372  fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com

Wednesday 5 November 2014

MANFAAT UTAMA LECITHIN SHAKLEE

Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO.Setiap satu kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu.




MANFAAT UTAMA LECITHIN

1)Menyerap vitamin yang larut lemak

#Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E,K yang larut lemak.

2)Melindungi hati

#Menghalang enapan lemak dihati,sirosis hati dan hati berlemak.Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3)Pemecahan lemak dan kolestrol

#Lecithin bertindak sebagai ''pembersih'' salur darah,pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

4)Pelangsingan 

#Menghalang obesiti.Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5)Mencantikkan otot dan kulit

#Membentuk membran sel,melembabkan dan menghaluskan kulit utnuk kulit yang cantik,mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

6)Memperbaiki alergi

#Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah,seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit dermatitis dan demam alergi.

7)Menghalang kejadian batu karang

#90% dari batu karang terjadi dari kolestrol,lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8)Mempertingkat daya ingatan dan meringankan stress

#Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran,memperbaiki daya ingatan,menghalang Alzheimer dan meringankan stress.Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9)Menghalang tekanan darah tinggi

#Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis,menggalakkan peredaran darah.

10)Memperbaiki prostat lelaki

#Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

11)Meringankan sembelit

#Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan,ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.



SIAPA YANG BOLEH AMBIL LECITHIN ??

#mereka yang ingin kurus termasuk ibu menyusu

#pesakit diabetes,buah pinggang dan stroke

#mereka yang kolestrol tinggi

#mereka yang mengalami inflamasi seperti gout

#mereka yang sukar tidur

#ibu hamil


untuk sebarang pertanyaan mengenai supplement Shaklee dan free konsulti dari saya boleh hubungi 

Faezah 0163102372 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)  fb:faezah mohamed said  

fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com

BAHAYA PEMBERIAN AIR KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN.WAJIB BACA NI !

Assalamualaikum.Salam sayang semua.Tajuk saya ini khusus kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang umurnya 6 bulan ke bawah atau kepada yang bakal menyambut kelahiran bayi boleh dijadikan info yang sangat berguna kepada anda.


Kenapa kita tidak boleh memberi sebarang air kepada bayi yang bawah umur 6 bulan??Ada sebabnya kita tidak boleh memberi air di awal waktu usianya kecuali air zam-zam.


SEBAB-SEBAB TIDAK BOLEH MEMBERI AIR KEPADA BAYI BWAH 6 BULAN

  1. Pemberian air kosong atau cecair lain atau jus buah dan sebagainya boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.
  2. Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan.
  3. Air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu.
  4. Air bertindak sebagai vektor iaitu pembawa kuman sekiranya air tidak bersih.
  5. Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan akibat kurangnya rangsangan hisapan oleh bayi.
  6. Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku.Bagi bayi yang berumur 5 minggu,air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan rendah,bayi akan menjadi kembung dan boleh mengakibatkan sawan tarik.


Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua dan kita boleh juga mengongsi info ini dengan orang lain.Terima kasih.


Untuk sebarang pertanyaan tentang suplemen Shaklee boleh hubungi saya :

Mama Hana <<0175690765>> sms/call/whatsapp/wechat/telegram 

Monday 3 November 2014

MAKANAN YANG KEKANG NAFSU MAKAN

Ramai yang banyak makan kerana tidak dapat mengawal nafsu makan.Tetapi perkara penting bagi membantu menurunkan berat badan adalah mengurangkan nafsu makan.Jadi jika anda sukar hendak mengawal nafsu makan,anda boleh mencuba contoh-contoh makanan yang boleh menyekang anda dari nafsu makan yang terlampau.Untuk hari ini saya ingin mengongsikan bersama anda semua,selain itu kita juga boleh amalkan bersama.

EPAL

-Epal menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk anda berfikir bahawa perut sudah kenyang.Jadi amalkan memakan sebiji epal sebelum kita makan untuk membantu mengawal nafsu makan.



CILI MERAH

-1 sudu kecil cili merah cincang dimasukkan ke dalam makanan dapat mengurangkan nafsu makan.Pakar nutrisi mendapati capsaicin iaitu sebatian yang berperanan untuk memberikan rasa panas pada cili dapat mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.




RUMPAI LAUT

-Rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30% dan terus berasa kenyang sehingga waktu siang.




TEH HIJAU

-Teh hijau mengandungi katekin,iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak.Teh hijau mengandungi antioksidan yang diyakini memiliki kesan kepada hormon leptin,iaitu hormon yang berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan.Jadi amalkan minum teh hijau antara 3-6 cawan sehari bagi mempercepatkan tubuh membakar tenaga sel dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.




TELUR

-Kualiti protein telur adalah yang tertinggi dari setiap produk makanan secara keseluruhan.Kandungan protein yang tinggi ini mengawal berat badan.Makan 2 biji telur untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk makan yang berikutnya.Jadi lepas ini mari kita amalkan makan telur setiap kali sarapan,tapi tak perlulah setiap hari...Nanti jemu pula!


LIMAU NIPIS ATAU LEMON

-Lemon mengandungi pektin iaitu serat semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan sehingga anda berasa kenyang lebih lama.



AIR PUTIH

-Minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu menurunkan berat badan.


BAWANG PUTIH

-Bawang putih memberikan bau yang menyengat dapat merangsang rasa kenyang di otak sekaligus mengurangkan rasa lapar.Bawang putih merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin,yang mempercepat kadar metabolisma sehingga tubuh membakar kalori yang banyak.

Mari kita bersama-sama amalkan cara mengawal nafsu makan.Disamping badan kita sihat dan dapat juga kita mengurangkan berat badan.



untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya call/sms/whatsapp/wechat/telegram 016-3102372  fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com

Sunday 2 November 2014

MINYAK IKAN BANTU KANAK-KANAK CEPAT MEMBACA

Assalamualaikum...

Macam seronok aje dengar bunyi tajuk saya pada kali ini.Tambah-tambah bulan ini promo Omega Guard lagi BEST la nak grab omega kan!!Mungkin banyak yang anda tidak tahu akan bagusnya omega ini pada kanak-kanak.Kanak-kanak setahun ke atas sudah boleh makan omega tapi dengan kuantiti sedikit sahaja.Untuk entry saya hari ini bagus untuk ibu-ibu di luar sana untuk mengetahu dengan lebih banyak lagi info akan kebaikan omega ini...Eh...betul ke minyak ikan ini boleh bantu kanak-kanak cepat membaca???Nak tahu???Jom...



Omega Guard merupakan makanan tambahan yang diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Omega Guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega termasuk EPA dan DHA.


Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA.DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan,menggalakkan fungsi otak,sistem saraf dan fungsi mata yang diperolehi melalui pemakanan.


Penyelidik Kanan Universiti Oxford,Dr. Alex Richardson berkata makanan tambahan omega-3 terbukti dapat meningkatkan perhatian kanak-kanak yang lemah membaca.

Pengambilan omega-3 juga meningkatkan perhatian kanak-kanak hiperaktif,disleksia serta mereka yang berdepan dengan gangguan perkembangan koordinasi.


Pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat membantu kanak-kanak lebih fokus.


Makanan tambahan minyak ikan kaya dengan kandungan kalsium dan omega yang baik untuk tumbesaran dan perkembangan otak.



KHASIAT OMEGA GUARD

#Mencegah gout

#Meningkatkan sistem imun tubuh

#Mencegah salur darah tersumbat

#Merendahkan kolestrol

#Mencegah pembekuan darah

#Memperbaiki masalah alahan kulit

#Mengelak stroke

#Mencegah penyakit lelah/asma

#Membantu menyihatkan paru-paru

#Menentang kanser

#Mengurangkan sakit kepala

#Mengawal risiko penyakit jantung

#Membantu perkembangan tumbesaran otak janin

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Faezah 016-3102372 call/sms/whatsapp/wechat/telegram  fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com