Sunday, 16 November 2014

NASI BIRU VS NASI KERABU

Maaf sedikit lambat bersiaran untuk hari ini..Disebabkan kekangan anak kurang sihat sedikit meragam..Tapi tidak mematahkan semangat saya untuk mengupdate blog juga hari ini..Hari ini saya jalan-jalan cari makan bersama kawan-kawan dan juga kiranya sesi ''reunion'' kami staff-staff lama yang pernah bekerja satu tempat.Walaupun masing-masing lain hala tujuan kini,alhamdulillah hari ini perancangan kami untuk ke sana menjadi.Dah banyak kali juga rancang,baru hari ini berkesempatan ke sana.Dimana yea???Di Bandar Tasik Puteri Rawang.



inilah kedainya..kepada yang ingin mencuba boleh pergi ke sana..nak buat untuk catering pun boleh......




inilah kami yang pernah bekerja bersama suata masa yang lalu..walaupun berpisah tetap boleh berkumpul macam ni lagi...alhamdulillah



tadaa...inilah dianya nasi biru..hehehe




Sambil-sambil itu sebenarnya nak juga ''promote'' kepada yang minat atau gemar dengan masakan pantai timur bolehlah berkunjung ke kedai 'saing' saya ni di Bandar Tasik Puteri,Rawang.Dia menjual nasi kerabu,nasi dagang,pulut panggang dan pulut kelapa dengan ikan goreng.Semuanya sedap-sedap belaka.Heeeheee...Waktu buka pagi sehingga jam 3 petang..Pada yang berkesempatan atau yang ingin mencuba bolehlah ke sana yea.Nak dijadikan cerita saya yang dulunya tidak pandai dan tidak suka makan nasi kerabu ni,tetapi sejak mencubanya dengan masakan darinya sedikit demi sedikit sudah pandai makan..Malah siap mengidam lagi waktu hamil dulu...hehehhe...


Sekian..terima kasih...


untuk sebarang pertanyaan mengenai suplement Shaklee boleh hubungi 

faezah 0163102372 sms/call/whatsapp/wechat/telegram

FB:faezah mohamed said    FB Pages :good health for life



25 comments:

  1. Tak pernah lagi makan nasi kerabu sebab maybe banyak ulam kot. Tapi suka beli utk husband hehee

    JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak ulam...saya sendiri xsuka sebab ulam2 dengan budu,la ni jadi suka

      Delete
  2. Adui duiii lama dah x makan nasik kerabu, favourite tu

    ReplyDelete
  3. Memang sedap tapi kalau orang yang ramai anak macam kak tun ni, lebih suka buat sendiri. nak jimat katakan... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tun pandai buat ok la...buat sendiri lagi berbaloi..nak kene belajar buat ni

      Delete
  4. Aduii.. Dah la lama tringin.. Dulu tnggl kat bangi slalu makan.. Skrg kat kg di kedah ssah nk dpt.. Mcm mna la tu.. Huhu..
    JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    ReplyDelete
  5. Teringin nak masak nasi kerabu sendiri, tapi tak pernah cuba lagi
    Dapatkan Set Berpantang Terbaik di Pasaran

    ReplyDelete
  6. Sapa yg tak pernah makan nasi kerabu memang rugi...jom kawan2 ikut saya balik kampung hujung bulan ni, saya belanja makan nasi kerabu...hihihi

    ReplyDelete
  7. Bestnya nasi kerabu...kesukaan saya..

    Peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Sy suka nasi kerabu yg pedas makan dengan daging bakar...tp sy x reti makam solok lada

    RESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sedsp tu...solok lada mulanya saya pun xreti makan,sekrang dah pandai

      Delete
  9. suka makan tapi malas sikit nak buat rasa renyah jadi bila nak makan beli jer..

    Belian Secara Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli je nasi kerabu ni,tapi ada juga tempat yang kurang sedap!

      Delete
  10. Fav jgak ni nasi kerabu.umah pun dah dekat dgn rawang, bleh la cuba nt ;-)

    ReplyDelete
  11. Wahhh sedapnya nasi kerabu biru, rasa nak terbang balik kg sekarang juga....kat kl nie nak cari sedap susah nak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga nasi kerabu putih..yang pasti best nasi yang berwarna biru

      Delete
  12. Peberet gak nih nasi kerabu.. campur pulak daging goreng. Selalu beli tuk breakfast.. sebelum makan minum ESP.. kenyang satu hari..

    ReplyDelete
  13. Daripada tak.suka.menjadi suka. Kenal.nasi kerabu sebab berkawan dengan orang pantai timur. Kenangan waktu belajar di kolej dulu.

    Guna penggendong lebih mudah dan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...saya pun xsuka jadi suka...siap dapat kawen orang pantai timur hehhe

      Delete
  14. Daripada tak.suka.menjadi suka. Kenal.nasi kerabu sebab berkawan dengan orang pantai timur. Kenangan waktu belajar di kolej dulu.

    Guna penggendong lebih mudah dan selamat

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaaa nasi kerabu. Salu pergi pasar tu je la amik. Sebab dah sekali ngn sayur. 1 hidangan lengkap. :)

    ReplyDelete