Thursday 20 November 2014

KEK PISANG KUKUS GEBU

Hai selamat petang semua...

Mood rajin untuk 'membaking' sudah datang.Lagipun saya sendiri memang suka membuat aneka jenis kek,cuma masih belajar lagi..Tak banyak yang pandai biasa-biasa sahaja bolehlah..Untuk hari ini saya nak kongsikan resepi kek pisang kukus gebu.Sedap dimakan waktu petang-petang macam ni kan!



BAHAN-BAHANNYA:

pisang 3-4 biji

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

1 cawan gula pasir (nak manis boleh lebihkan sedikit)

2 biji telur

1/2 cawan minyak masak

1 sudu teh esen vanila



CARA-CARA MEMBUATNYA:

1)Ayak tepung bersama dengan baking powder dengan soda bikarbonat.

2)Mix telur bersama gula sehingga kembang.

3)Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek,teruskan mix sehingga nampak pisang tidak berketul-ketul.

4)Selepas itu boleh masukkan tepung,kacau sehingga sebati.

5)Masukkan pula minyak dan kacau.

6)Yang terakhir masukkan esen vanilla nak bagi rasa kek lagi sedap dan enak dimakan.

7)Tuang acuan tadi ke dalam bekas dan boleh dikukus.Kalau nak bakar pun boleh.


inilah hasilnya dan masukkan dalam bekas,seterusnya boleh di kukus....



inilah hasilnya selepas dikukus



tadaa...dah siap untuk dimakan..


Selamat mencuba!!Sekian untuk hari ini..Salam sayang dari saya.

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 016-3102372 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)

fb : faezah mohamed said  fb pages : good health for life  

email : mamapae907@gmail.com




No comments:

Post a Comment