Saturday 17 December 2016

Keistimewaan Ostematrix Yang Perlu Anda Ketahui.


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Hari ini Mama Hana nak buat perkongsian tentang keistimewaan
Ostematrix.Supplemen kalsium Shaklee.Penting tau !




Untuk pengetahuan semua,Ostematrix ini wajib diambil,terutamanya wanita sangat sangat digalakkan ambil Ostematrix ini. Dalam ertikata lain wajib sebenarnya untuk jaga kesihatan tulang, gigi dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.


Kenapa perlu ambil Ostematrix? Minum susu sahaja tak cukup ke?
Dan apa pula beza Ostemarix ni dengan pil kalsium free kat Klinik Kesihatan tu?


Mari kita lihat ,kenapa pentingnya pengambilan Ostematrix (kalsium) dalam seharian.



  • Ostematrix Mudah Diserap Oleh Tubuh Oleh Tubuh.

Inilah salah satu keistimewaan Ostematrix yang sangat jarang ditemui pada supplemen kalsium lain. Ostematrix mudah diserap oleh badan kerana terdapat magnesium dan Vitamin D di dalamnya. Ini membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dengan lebih maksimum. Pengambilan 4 biji ostematrix setiap hari dapat membekalkan keperluan kalsium harian yang diperlukan iaitu sebanyak 1000mg.


  • Ostematrix 100% Semulajadi

Kesemua produk Shaklee termasuk Ostematrix dijamin 100% menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ostematrix dihasilkan daripada  mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Ostematrix merupakan kalsium yang larut dalam air dan tidak meninggalkan sisa pada buah pinggang sekaligus bagus untuk semua orang termasuk mereka yang menghidapi penyakit batu karang. Kalsium Ostematrix juga bukan daripada sumber Dolomite atau dari jenis kerang kerangan yang berisiko tinggi untuk dicemari dengan logam berat dan merbahaya.


  • Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium

Yang ini  memang selalu kita dengar. Badan kita bukan sekadar memerlukan kalsium tetapi teman teman baik kalsium yang lain agar penyerapan kalsium ke dalam tubuh dapat dimaksimumkan sebaik mungkin. Ostematrix Shaklee didatangkan khas bersama mineral  lain yang diperlukan oleh tubuh seperti  magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper, Boron yang diperlukan untuk  membantu meningkatkan metabolisme tulang sekaligus memampatkan jisim tulang.


  • Ostematrix Diserap Oleh Tulang Dalam Tempoh 12 Jam

Ujian klinikal membuktikan bahawa kalsium daripada Ostematrix dapat diserap sepenuhnya hanya dalam tempoh 12 jam. Inilah yang kita cari dan harapkan. Kerana itu jugalah ramai yang dapat menikmati khasiat kalsium ini dalam tempoh yang singkat seperti yang menghidapi semebelit, kekejangan dan sebagainya. Bila dah alami dan merasai khasiatnya, sebab itulah ramai yang terus setia dan setia dengan Ostematrix.


Ibu hamil , ibu berpantang dan ibu menyusu sangat-sangat digalakkan ambil Ostematrix ini.

Di mana boleh dapatkan Ostematrix ni ?
Boleh hubungi saya :

Wasup 0175690765
Cod sekitar Balakong dan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Tuesday 29 November 2016

KENAPA SURI RUMAH PERLUKAN OMEGA?

KENAPA WAHM (sesiapa sahaja pun sebenarnya...) PERLUKAN OMEGA GUARD?

Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dalam Omega Guard) dengan perkembangan minda kanak-kanak Kan?Sebenarnya Omega Guard ini sangat banyak fungsi dia terutamanya untuk ibu-ibu yang superbizi ni.


  • Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yang utama, yang berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf yang lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN. Jadi kalau asyik terasa sedih-sedih, amalkan Omega Guard ye!
  • Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disipline, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dgn kekurangan serum Omega-3 dalam otak.


Haaaa, kalau SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yg mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.

Jadi kalau asyik STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dgn masalah susah nak ingat terutama benda-benda yang dipelajari.

Jadi kalau nak cepat tangkap dan cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

Amalkan Omega Guard supaya jimat masa nak belajar benda baru....sekali baca/dengar terus faham. Maklumlah mak-mak ni bukan ada masa sangat nak ulangkaji ban yaks banyak kali. Jadi amalkan Omega Guard bersama doa dimudahkan kefahaman. Supaya kita cepat dan mudah tangkap. Tiada lagi berbulan-bulan sangkut dekat bab sama sebab tak faham.

Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti ambil setiap hari.

Sebotol omega guna sebulan sahaja kalau ambil mengikut dos.Itu baru kita sorang. Belum lagi suami dan anak-anak. Untuk mak dan ayah jangan lupa.Penyakit nyanyuk pun dikaitkan dengan kekurangan Omega-3 tau. Sama-samalah kita jaga ahli keluarga kita.

Kalau nak tahu, masalah-masalah mental macam perasaan agresif, suka buat jenayah, fidofilia semua itu ada kaitan dengan kekurangan Omega-3. Dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang makan ikan kan!



Untuk order boleh hubungi :

MamaHana 017.569.0765


Pengedar Shaklee Balakong, Cod Dan Pos.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Mama Hana,Pengedar Sah Shaklee Balakong.Menyediakan khidmat COD (cash on delivery)suplement Shaklee sekitar Balakong,Taming Jaya,Sungai Besi Indah,Bandar Tun Hussien Onn,Taman Impian Ehsan,Taman Bukit Belimbing,Mines dan sekitarnya.Saya juga menyediakan khidmat pos ke seluruh Malaysia.



Antara set-set suplement Shaklee:

  • Set hamil
  • Set kurus
  • Set ibu menyusu
  • Set berpantang
  • Set hamil
  • Set kulit cantik dalaman
  • Set gout
  • Set untuk tenaga
  • Set kesihatan menyeluruh
  • Set kulit cantik luaran
  • Set migrain
Bagi yang memerlukan khidmat COD ini,boleh hubungi atau whatsapp terus saya 0175690765.Khidmat Cod sehingga ke pintu rumah anda.
Fb : faezah mohamed said,
IG mama_hana_jual_vitamin,
Fb pages :Pengedar Shaklee Balakong

Monday 25 July 2016

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN.



Assalamualaikum dan selamat petang buat semua.Kali ini Mama Hana nak berkongsi beberapa punca ibu yang mengalami Keguguran.Mama Hana sendiri pernah merasainya,kecewa juga pada mulanya.Tapi kena terima dan redha pasti ada hikmah disebaliknya.
Seperti yang anda semua ketahui,di awal kehamilan setiap ibu-ibu harus lebih berhati-hati kerana janin masih tidak kuat ketuk itu.Jadi haruslah berhati-hati.
Mari Mama Hana kongsikan serba sedikit info ini,agar bermanfaat buat kita semua.

Punca keguguran di awal kehamilan.


  • Tekanan atau stress 
Jika anda tahu anda hamil ,elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan  keguguran.Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.

  • Berdiri dan berjalan terlampau jauh
Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan.Seharusnya imbangi aktiviti ini.

  • Tidak mengambil Asid Folic
Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa.Asid Folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan.Sebab itu penting untuk mengambil Asid Folic SEBELUM hamil lagi.

  • Kasut tumit tinggi
Memang tidak digalakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf-saraf boleh merosakkan kandungan.

  • Pakaian terlalu armpit dan ketat
Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil.Bayi Di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.

  • Terlalu aktiviti
Di awal kehamilan , ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak .Kerana kemungkinan janin Di dalam masih belum kukuh dan dalam proses pembentukan.Juga tidak digalakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.

  • Tidak cukup that
Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan keguguran.Rehat secukupnya dan Cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.

  • Pemakanan
Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungn.Elakkan makanan-makanan seperti nenas,tebu,limpa,minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan .Banyakkan memakan makanan seperti susu,kekacang,sayuran dan berprotein tinggi.

  • Kandungan tidak menjadi
Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita.Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi.Ini semua kuasa Allah.Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Semoga dapat dimanfaatkan segala info ini.Untuk menguatkan rahim anda boleh amalkan set ibu hamil seawal yang boleh,bagi kandungan ibu-ibu Selamat.

Untuk maklumat lanjut dan infinity membuat sebarang order boleh hubungi saya :

Mama Hana 017.569.0765
Wasup/telegram/SMS/call



Tuesday 19 July 2016

5 TANDA-TANDA BERSALIN YANG PERLU ANDA KETAHUI



Assalamualaikum.Kembali bersiaran lagi,kali ini Mama Hana nak berkongsi tanda-tanda ibu hendak bersalin.Moga dengan info ini bakal ibu yang buat kali pertama tahu serba sedikit ilmu tentang ini,dan ilmu buat Mama Hana juga untuk hamil yang akan datang.In shaa Allah.


  • Ngilu di bahagian ari-ari

Semakin anda hampir hendak bersalin,rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa.Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahupun besar,sakit perut serta buang angin.Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.


  • Sakit tulang belakang


Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan.Ini kerana di akhir kehamilan pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.



  • Keluar lendir berdarah


Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluar lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin.Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan.Jika anda mengalami tanda ini,segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.


  • Keluar air ketuban
Tidak semua bakal ibu mengalami situasi ini.Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina,iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras ,segeralah ke hospital untuk pemeriksaan.Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.



  • Kontraksi rahim
Jika sudah sampai masanya ,anda akan mengalami kontraksi yang berturutan bermula satu jam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap.Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu.Jadi ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.




Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu para ibu,terutamanya bakal ibu yang buat pertama kalinya.Setiap orang pasti mengalami tanda-tanda yang berbeza.

Sebarang pertanyaan dan ingin membuat sebarang order boleh hubungi saya :

Mama Hana 017.569.0765

Friday 27 May 2016

Hebatnya Ibu-ibu Apabila Berpantang Dengan Vivix Si Sirap Merah.

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua yang sudi menjengah ke blog Mama Hana ini.Sebut sahaja berpantang pasti ada setiap pengalaman masing-masing kan,ada lambat sembuh luka dan ada yang cepat sembuh.Semua juga dari pemakanan juga.Selain dari pengambilan suplement kesihatan dalam tempoh berpantang.

Dalam tempoh berpantang penting dalam menjaga kesihatan dalaman dan luaran,jadi dengan ini Mama Hana sangat mencadangkan ibu-ibu mencuba Vivix.Sebabnya ia bagus dan memberi kesan yang cepat dan tak perlu nak ambil macam-macam suplement lain.Vivix bagus untuk kesihatan yang menyeluruh.


Untuk menguatkan lagi kenyataan itu,Mama Hana nak kongsikan beberapa testimoni ibu-ibu yang mengamalkan Vivix sepanjang tempoh berpantang :


Testimoni Pertama



"Betul lah,bab berat kan sebenar membantu sangat-sangat ,sebab apa tau,saya pregnant dari 1 hingga anak ke-3 tak pernah pun lepas pantang dapat berat asal sebelum mengandung.
Turun memang turun ,tapi bukanlah berat asal!Wajib bervivix masa berpantang tau !"


Testimoni Kedua.



"Consume Vivix dalam pantang,milkbooster yang superb,badan bertenaga.Alhamdulillah ramai tegur nampak sihat walaupun masih dalam waktu pantang."


Testimoni ketiga.




" Saya makan Vivix dalam pantang ,luka jahit banyak sangat sampai nak duduk pun sakit.Menangis nak duduk,nak jalan lagi la..
3 hari makan Vivix terus hilang sakit."



Mari kita lihat Apakah sebenarnya rahsia kehebatan Vivix ?

Vivix adalah satu-satunya makanan kesihatan yang kaya dengan Resveratrol.

  • Tinggi Antioksidan
  • Anti-inflamasi
  • Anti-kanser

Antara kehebatan lain ialah vivix mengandungi 10x lebih bertenaga daripada restveratrol.Tidak mengandungi alkohol sebaliknya menggunakan bahan semualajdi, tanpa pewarna dan persasa tiruan dan pastinya HALAL.


Satu hidangan vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.


Perasan tak, dikalangan orang cina tau mat salleh, mereka menggunakan arak sebagai pemanas badan. Jadi tak delah badan sejuk dan badan cepat pulih. Alternatifnya, bolehlah bervivix untuk mempercepatkan proses penyembuhan.


Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat order,boleh hubungi :

Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup)

Thursday 26 May 2016

Fibroid Berjaya Kecut Akhirnya Dengan Vivix.Alhamdulillah !

Selamat petang.Sebelum ini Mama Hana ada berkongsi tentang Cyst,dan pada hari ini ,saya nak berkongsi pula tentang Fibroid.Kedua-duanya terjadi pada wanita.



Sebelum Mama Hana bercerita dengan lebih lanjut lagi ,mari kita lihat apa itu fibroid.Gambar boleh lihat seperti di atas.

Apa itu Fibroid ?


Pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim (uterus).Juga dikenali dengan nama fibroid uterus,miom,fibromiom,fibro leiomiom,atau leiomiom uteri,cukup umum terjadi dengan tiga dari empat wanita diperkirakan menderita kondisi ini.

Terdapat beberapa jenis Fibroid yang patut anda ketahui.

Empat jenis Fibroid yang berbeza :


  1. Fibroid Submukosa - Jenis ini tumbuh di bawah permukaan rahim,namun dapat tumbuh menjalar hingga ke rahim.
  2. Fibroid Subserosa - Jenis ini tumbuh di luar dinding rahim.
  3. Fibroid Miometrial - Jenis ini dapat ditemukan pada dinding otot rahim.
  4. Fobroid Pedunkulata - Jenis ini tumbuh di luar rahim namun menempel pada tangkai atau dasar rahim.


Antara gejala yang paling umum adalah :


  • Sembelit
  • Sering buang air kecil
  • Nyeri pada saat datang bulan yang berlangsung selama 7 hari atau lebih
  • Pendarahan yang hebat saat datang bulan
  • Nyeri pada tulang pinggang
  • Sakit buang air kecil
  • Tekanan pada dubur
  • Sakit buang air besar

Fibroid juga dapat mengganggu kehamilan. Beberapa orang percaya bahwa fibroid adalah salah satu penyebab ketidaksuburan. Para wanita yang memiliki fibroid juga dapat mengalami masalah saat kehamilan karena kondisi ini dapat menyebabkan keguguran.Fibroid juga dapat mengganggu kelahiran. Jika ukuran fibroid terlalu besar, maka bedah caesar akan sangat dianjurkan untuk dilakukan.
Fibroid biasanya diketahui pada pemeriksaan bagian dalam vagina, setelah pemeriksaan menggunakan gelombang suara ultrasonik atau pengambilan gambar memastikan keberadaan fibroid.

Bagaimana cara nak kecutkan Fibroid dengan cepat dan selamat ?


Jawapannya adalah VIVIX.

  • Ia adalah Cell Renewal dan DNA Renewal.Apabila cell dan Dna kita diperbaharui ,semakin hari sel asas badan akan menjadi semakin muda.Umum mengetahui bahawa pada usia muda badan kita mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding pada usia tua.Lagi muda lagi sel badan kita melawan fibroid dan menghalang semula fibroid.
  • Ia membantu menstabilkan hormon.Hormon yang stabil membantu fibroid mengecut dengan cepat.
  • Ianya adalah antioksida yang membantu menyerang ketumbuhan yang pelik di dalam badan,termasuk fibroid .Dengan pengambilan konsisten ia akan menhalang pertumbuhan semula fibroid.


Mari kita lihat antara testimoni berjaya kecutkan Fibroid :



"Lepas je saya bagi vivix ,kawan saya dah tak makan ubat dari hospital.Setiap kali bangun pagi terus makan vivix.Sebelum ni 1.5 cm ,sekarang dah tak de.Syukur sangat !"




"Alhamdulillah result amat melegakan.Fibroid dah mengecut dari 7cm ke 3cm.Event last minute tapi memang cukup berkesan."


Hubungi saya jika perlukannya :

Wasup 017.569.0765 Mama Hana 

Wednesday 25 May 2016

Berjaya Bebas Dari Kanser Tahap 4.Kanser Inilah Yang Paling Ditakuti Wanita.Benarkah ?

Selamat petang dan salam sayang dari Mama Hana.Tajuk entri Mama Hana pada hari ini tentang kanser payudara.Semestinya yang sedia maklum,bila terdengar je kanser ini pasti merbahaya kan!Lebih-lebih lagi kanser ini yang paling ditakuti oleh wanita dan lebih teruk lagi bila kanser itu dah merebak dengan lebih parah.Oleh itu,kita harus ikhtiar dan cari jalan penyelesaian supaya kanser itu dapat diubati.

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya bagi wanita dan juga kanser paling tinggi kejadiannya di kalangan rakyat Malaysia.




Tanda-tanda kanser payudara :


  • Kulit payudara berubah menjadi kemerahan atau berkedut.
  • Payudara berubah bentuk atau besar sebelah.
  • Bengkak kelenjar di bahagian ketiak.
  • Lelehan busuk daripada puting payudara.
  • Perebakan atau kulit terkoyak pada dinding dada.
  • Puting payudara mengecut ke dalam.

Antara faktor-faktor berlakunya kanser payudara ini :


  1. Mula datang haid sebelum umur 12 tahun atau menopos lambat iaitu selepas umur 50 tahun.
  2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  3. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia melebihi 30 tahun.
  4. Telah mendapat kanser pada 1 payudara.


Antara testimoni pengguna untuk masalah kanser payudara :


"Dowline saya hari tu ada kanser payudara tahap 4.Dia muda lagi,masa kena belum umur 30 tahun.
Selepas buat chemo dia makan Vivix,dan Alhamdulillah sekarang bebas dari kanser."



"Doktor kata tak perlu kemo lagi,cuma perlu buat ct scan setiap 3 bulan.
Alhamdulillah,berkat konsisten ambil Vivix dan Nutriferon."


Bagaimana Vivix boleh membantu pesakit kanser ?


Vivix mengandungi Resveratrol yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser).Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan ,merekan akan mematikan diri sendiri dengan sendirinya (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.


  • Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah,malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia.Ia dibuat daripada empat ekstrak botani iaitu:

  • Anggur Muscadine
  • Lobak Ungu
  • Elderberry
  • Polygonum Cuspidatum



Banyak manfaat dan kelebihan purple carrot dalam VIVIX antaranya:

  • Mengandungi tinggi antocianin. Apakah antocianin ini? Ianya adalah pigment yang membuatkan warna purple pada carrot tersebut. Senang cerita antocianin ni bermanfaat untuk antioksidan.
  • Kalori rendah dan kaya dengan fiber, vitamin K, vitamin C, potassium.
  • Lebih kaya dengan antioksidan berbanding carrot yang berwarna kuning.
  • Ianya adalah anti carcinogen atau dengan kata mudah adalah agen anti kanser. 


Sangat bagus untuk kanser kerana ada kajian dari Department Of Nutrition and Food Science at the University of Maryland. Ini kerana ANTOCYANIN itu sendiri berupaya untuk menghalang pertumbuhan sel kanser.


Wasup 017.569.0765 Mama Hana

Tuesday 24 May 2016

Kenali Punca Masalah Kesuburan Wanita.Nampaknya Peluang untuk Hamil Lebih Cerah.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti teringin nak hamil dan memiliki anak sendiri.Justeru itu,tidak salah kiranya jika setiap pasangan itu berusaha dan ikhtiar untuk menimang cahayamata.Sesuai dengan entri saya pada hari ini tentang kesuburan wanita.Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu setiap pasangan yang inginkan anak.Jom kenali punca masalah kesuburan wanita.


Masalah Kesuburan Wanita :

  • Kuantiti dan Kualiti telur (ovum)

Masa kita lahir dahulu (bayi perempuan) memang semulajadi dilahirkan dengan 1-2 juta folikel telur yang belum matang. MasyaAllah banyaknya!

Tetapi mengikut masa ia akan mula berkurang hingga 300,000 sahaja. Setiap bulan telur ini akan mencapai kematangannya dan keluar dari folikel tadi, bersedia untuk disenyawakan.

Semakin berusia seseorang wanita, semakin kurang telurnya.


  • Kualiti Telur Wanita

Kualiti telur seorang wanita akan menurun mengikut usia. Ia diukur dari segi bagaimana telur itu bersedia untuk berkembang menjadi embrio.



Kenapa Kualiti Telur Wanita Menurun?


Ada dua perkara juga yang menentukannya :


  1. jumlah KROMOSOM dalam telur
  2. tenaga yang ada dalam sesuatu telur



Jumlah Kromosom

Telur memerlukan jumlah kromosom yang sesuai  supaya dapat bergabung dengan jumlah kromosom dalam sperma. Jika jumlah kromosom tak sesuai maka tak berjayalah usaha nak hamil tu.


Tenaga

Tenaga telur juga memainkan peranan. Katakan jumlah kromosom dah sesuai, tapi tenaga tiada. Tenaga ni berkurang dengan usia seseorang, makin berusia makin tidak bertenaga.

Ini kerana masa nak bersenyawa itu, telur ini perlukan tenaga untuk “split”. Tenaga ini datangnya dari sel yang dipanggil MITOKONDRIA yang mana mitokondria inilah boleh beri menukarkan kepada tenaga.

Mitokondria ini akan semakin lemah seiring usia. Jadi bila mitokondria ini tiada tenaga sebabkan usia meningkat, maka telur tadi tak boleh nak “split”. Maka persenyawaan tidak berjaya.

Jadi kesimpulan yang kita nak kena fahami adalah jaga bab tenaga sel tu. Harus tahu juga apa yang boleh berikan tenaga pada mitakondria ini.

Jawapannya semestinya pada VIVIX.Jika ada masalah kesuburan, mungkin boleh usahakan cara ini. Mana tau berhasil setelah berusaha berkali-kali.In shaa Allah dengan izin dari Allah juga.




Bagaimana Vivix dapat membantu masalah kesuburan?


  1. Vivix mengandungi Resveratrol.Resveratrol inilah yang mempunyai peranan dalam memelihara kesuburan, melindungi sel-sel telur yang tidak matang/oosit dan berpotensi melanjutkan tahun subur.Apabila telur-telur ini dipelihara dengan baik dan tiada radikal bebas atau kerosakan, maka peluang untuk bersenyawa lebih mudah .
  2. Vivix dapat meningkatkan Mitokondria.Ia merupakan organel yg terdapat dalam jumlah yang besar dalam kebanyakan sel-sel di mana proses biokimia pernafasan dan pengeluaran tenaga berlaku.

Mari kita lihat testimoni ini :




" Buat diri Nana sendiri,sudah berkahwin hampir 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat.Dan Nana diberi satu tips oleh seorang rakan dalam Shaklee untuk amalkan Vivix secara konsisten dengan dose tertentu untuk tujuan memperbaiki sel tubuh badan supaya bila sel badan sihat,organ sihat (rahim sihat) dan seterusnya.
Dan Alhamdulillah setelah beberapa lama amalkan Vivix secara konsisten akhirnya sampai juga rezeki kami suami isteri."

Alhamdulillah..Semua dengan izin dari Allah .

       Ingin dibantu ?
Wasup Mama Hana 017.569.0765

Monday 23 May 2016

Umur 57 Tahun Tetapi Kulit Nampak Seperti Umur 30 an ! Betul Ke Ni ?

S️elamat petang dan salam sayang buat semua.Sekarang ini Vivix sudah menjadi pilihan ramai sebab apa,mereka yang telah menggunakannya rasa yakin akan keberkesanannya.Sesuai dengan entri saya pada hari ini,nak cerita umur mak cik ni dah 57 tahun tapi kulit muka nampak seperti umur 30 an.Wow hebatnya!

Mari kita lihat testimoni ini :



Nampak tak muka mak cik ni,nampak tegang,nampak awet muda.Percaya tak saya katakan ini nenek yang dah ada 13 orang cucu.Hebatkan penangan Vivix !

Jom saya kongsikan lebih lanjut tentang Vivix ni.


Vivix ini mengandungi adunan fitonutrien proprietari,yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol ,menghasilkan ramuan 10 kali lebih efektif dari Resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan.




Vivix Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.


  • Vivix mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
  • Peningkatan usia seringkali dikaitkan dengan masalah kecantikan dan kesihatan. Antaranya ialah masalah kedutan pada wajah dan kulit serta jeragat. Selain itu masalah kesihatan seperti sakit sendi, keletihan dan sebagainya seringkali menyebabkan kualiti hidup seseorang menjadi berkurangan.
  • Vivix Shaklee adalah suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia! Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan memberikan awet muda serta menyihatkan tubuh badan secara menyeluruh termasuk menghindari penyakit kanser!
  • Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.


Apakah kehebatan Vivix Shaklee?



  1. Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  2. Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
  3. Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  4. Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?


  • Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.


Kebaikan & kelebihan Vivix Shaklee


  1. Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan
  2. Memelihara keseluruhan kesihatan
  3. Mengurangkan sakit sendi dan pelbagai risiko penyakit merbahaya.
  4. Anti oksida yang sangat baik - awet muda, menghilangkan kedutan, melembut serta mencantikkan kulitMembantu anda merasa lebih bertenaga - memberi rasa fresh sepanjang hari!

Hebatnya penangan VIVIX ni.Terbukti BERKESAN.Apa tunggu lagi.Rasa YAKIN dan TERINGIN nak mencubanya ?

Hubungi saya :

Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup)

Sunday 22 May 2016

Penglihatan Mak Dah Makin Jelas Dan Tak Perlukan Pembedahan Lagi.

Salam sayang semua yang sudi membaca blog Mama Hana.Kisah hari ini pasal mata.Tapi apa kena mengena pula dengan Vivix eh ?Jom baca selanjutnya.



Kisahnya bermula begini.

"Sampai ofis pagi ini,menitik air mata saya bila sorang kawan datang beritahu ibunya ada masalah bendasing dalam mata telah hampir sembuh sepenuhnya.
Sebelum ini mak dia ada gangguan penglihatan di mana dia nampak bintik/tompok hitam dalam pandangan akibat pengumpulan jeli yang mengisi bebola mata yang mencair,berkumpul lalu bergerak ke hadapan retina.
Floaters ini terjadi secara semulajadi dan biasanya berlaku di kalangan golongan lanjut usia ,retinopati diabetes ,koyakan pada retina dan individu yang mengalami rabun jauh.
Emaknya takut nak operate ,umur pun dah lebih 60 tahun .Saya cadangkan pengambilan Vivix dan corotomax dan emaknya start makan lebih kurang sebulan lepas,baru botol yang pertama.Sekarang penglihatan emaknya dah jelas,semakin baik dan tak nampak bintik atau tompok yang mengganggu lagi.Apa yang lebih mengharukan doktor kata beliau dah tak perlu operate lagi.Badan pun rasa lebih sihat dan bertenaga.Syukur."




Begitulah kisahnya..Alhamdulillah dah tak perlu operate.Masalah mata diatas adalah disebabkan kerosakan atau kecederaan ligamen, saraf dan tisu mata dan sekitarnya.

Nutrien atau zat apakah yg diperlukan untuk mata yg sihat?


Antara nutrien dan zat yang diperlukan untuk kesihatan mata seperti Vitamin C, Vitamin E, Carotomax, Omega, Alfafa, B-complex dan paling power dalam VIVIX.

VIVIX merupakan antioksidan yang sangat power terkandung dalamnya 4 bahan iaitu purple carrot, anggur muscadine, Europian elderberry, polygonum cuspidatum.


Kebaikan Vivix Untuk Mata :

Vivix melindungi kualiti kesihatan mata.Makanan yang Kaya dengan anthocyanin seperti lobak Unggu Boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa anthocyanin membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina.

Lutein dalam lobak Unggu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata dan ia digelar "vitamin mata". Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah atau kemerosotan mata seperti katarak dan retinitis pigmentosa.

Bagaimana VIVIX ini membantu mengatasi masalah mata?


Semestinya kerana kandungannya yg terdiri daripada 4 bahan utama mengandungi antioksidan yang tinggi yang amat penting dalam hal penjagaan kesihatan mata, untuk mencegah penyakit mata seperti ARMD, glaukoma dan katarak.Kebanyakan masalah mata adalah disebabkan kerosakan atau kecederaan ligamen retina, tisu dan saraf.

Oleh itu,dengan adanya Vivix ini dapat membantu memperbaiki dan melindungi sel-sel mata yang bermasalah agar kembali sihat.Melalui 4 tindakan ini,ia dapat membantu mengatasi masalah mata yang dihidapi.

Masalah mata boleh terjadi disebabkan faktor penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, bell's palsy, kanser, dan kadar kolestrol yang tinggi dan ada juga yang disebabkan oleh genetik.cuma antara perasan ataupun tidak je. Kan customer dapat bonus di mana penyakit diabetes terkawal & masalah mata pun pulih.

Kebanyakan yang mengalami masalah mata ni contohnya yg rabun adalah disebabkan ketegangan ligamen retina utk memfokuskan kepada objek yg dilihat,pendek kata saraf mata tu stress.Apabila stress kadar bacaan rabun akan semakin meningkat dan akhirnya jika tidak diatasi akan menyebabkan saraf mata akan menjadi rosak dengan lebih teruk.Jadi yang ada masalah ini boleh amalkan vivix,jika diamalkan secara konsisten umpama seperti "kelahiran baru" sebabnya DNA sudah di perbaiki oleh kandungan-kandungan yang hebat dalam Vivix.Semuanya juga semestinya dengan keizinan dari Allah.

Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat order boleh hubungi saya :

Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup)

Saturday 21 May 2016

Tak Sangka Kayap Lari Bertempiaran Meninggalkan Muka.Benarkah ?

Selamat petang buat semua pembaca yang sudi melawat blog Mama Hana.Hari ini Mama Hana nak kongsikan pada anda semua tentang penyakit kayap.Teringat saya masa saya sekolah menengah ,saya juga dijangkiti penyakit ini di kawasan badan.Pada masa itu,saya belum kenal Shaklee lagi.Saya hanya gunakan kaedah tradisional sahaja dan berpantang makan.Ok mari saya kongsikan dengan lebih terperinci lagi tentang penyakit ini.


Mengikut laporan kesihatan ,kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil.Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masalah stress/tekanan,badan rasa lemah-lemah ,kecederaan pada kulit dan juga akibat masalah penyakit kanser.




Bagaimana nak mengetahui anda dijangkiti penyakit ini?Mari kita lihat antara simptom-simptom penyakit kayap :



  • berasa nak demam
  • Tekak rasa loya
  • Pening berpanjangan
  • Badan dijangkiti ruam panas
  • Badan rasa sengal
  • Hilang selera makan
  • Pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan 
  • Pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
  • Kulit akan rasa gatal-gatal
  • Kulit rasa panas seperti terbakar


Ada beberapa jenis penyakit kayap iaitu :


  1. Kayap ular
  2. Kayap melukut
  3. Kayap jagung
  4. Kayap api
  5. Kayap selendar
  6. Kayap setompok
  7. Kayap harimau
  8. Kayap bersambung


Apa yang boleh anda lakukan jika dijangkiti penyakit kayap??

  • Segera berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan kulit untuk nasihat dan rawatan.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat. Lebih sesuai memakai pakaian yang agak longgar agar kesakitan dapat dikurangkan sebabkan geseran pakaian dengan bagahain kulit.
  • Elakkan memakai pakaian yang panas. Maksudnya memakai baju yang baru diambil dari jemuran yang panas atau memakai baju atau seluar yang baru lepas diseterika.
  • Jangan memakai baju atau seluar yang basah. Ia akan memudahkan virus merebak lebih cepat.
  • Elakkan menggaru bahagian kayap. Lebih elok mengambil ubat dari doktor untuk mengelakkan rasa gatal itu dapat dikurangkan.
  • Semasa mandi sebaiknya anda menggosok perlahan-lahan kawasan yang berkayap itu dengan sabun.
  • Jika boleh, semasa anda dijangkiti kayap, elakkan dari mendekati ahli keluarga dan rakan-rakan kerana dikhuatiri mereka pula akan dijangkiti penyakit ini.
  • Menjaga pemakanan. Elakkan makan makanan laut yang agak bisa dan gatal.
  • Kurangkan makan buah atau sayur yang menjalar seperti labu, timun, tembikai dan lain-lain.
  • Jika kayap sudah kering, jangan dikopek parunya. ia memadai dengan membiarkan sahaja bahagian kulit yang kering tadi tetanggal sendiri.

Tak perlu risau kini,dah ada cara yang moden dalam merawat penyakit kayap ini.Antaranya :



Bagaimana Vivix ini membantu ?

Vivix akan membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap,kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang sihat.Vivix juga membantu baikpulih semua sistem saraf yang sudah rosak dan terjejas.


Mari kita lihat testimoni ini :



"Alhamdulillah,berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume suplement shaklee,kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka."-Siti Norhayati



Juga boleh gunakan set ini.
Dapatkan ia sekarang!Hubungi saya

Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup)

Tips Susu Kekal Banyak Ketika Bulan Puasa.

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang sudi membaca blog Mama Hana.Tinggal lagi lebih kurang 15 hari untuk menyambut bulan Ramadhan al-mubarak yang mulia ini.Dalam perkongsian entri Mama Hana pada hari ini adalah tips untuk ibu-ibu yang menyusu dapat kekalkan produksi susu agar tak merudum.




Faktor utama kepada masalah penghasilan susu ibu yang berkurang di bulan puasa adalah disebabkan oleh dehidrasi yang boleh dielakkan dengan mengamalkan beberapa perkara.
Ramadan adalah bulan yang penuh dengan Barakah. Kita sebagai ibu menyusu yang berpuasa hanya perlu menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah S.A.W, pemberi rezeki untuk bayi kita.
Di sini saya kongsikan Tips-tips tersebut :


  • Jangan Tinggal Sahur
Sangat penting ibu menyusu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya untuk tubuh badan dan pengeluaran susu ibu. Walaupun sebelum ini menjadi kebiasaan ibu hanya minum ketika sahur, pastikan anda MAKAN makanan yang boleh memberi tenaga sepanjang hari. Ambil peluang ini untuk mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W untuk bersahur di akhir-akhir waktu.



  • Minum lebih banyak Air
Kerapkan pengambilan air masak sepanjang malam dan di waktu sahur bagi mengelak dehidrasi.Amalkan untuk minum sekurang-kurangnya segelas air masak setiap jam selepas berbuka dan juga setiap kali bangun untuk menyusu si kecil atau sesi pam di sebelah malam sehingga waktu bersahur. Elakkan minuman berkafein yang bertindak untuk mengurangkan jumlah cecair di dalam tubuh sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Minuman sejuk dan berais cuba elakkan juga.



  • Makan Kurma
Amalkan memakan kurma pada waktu berbuka dan bersahur.Jika ibu-ibu bukan penggemar kurma, tapi paksa diri untuk makan kurma 5 atau 7 biji setiap kali berbuka dan setelah bersahur. Jadikan kurma sebagai snek selepas berbuka puasa, selepas solat Tarawikh. Pengambilan kurma secara konsisten akan menampakkan hasil dalam penghasilan susu ibu dan akan membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. In shaa Allah Sunnah Rasullulah S.A.W akan membantu ibu berjaya menyusu walau berpuasa.



  • Pengambilan OATS
Amalkan mengambil oats dalam bentuk cereal atau minuman yang di tambah dengan madu sebelum tidur dan juga di waktu sahur untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Oat juga mampu membuat ibu rasa lebih kenyang dan tidak terlalu letih ketika berpuasa. Oats adalah salah satu makanan yang boleh menjadi milk booster semulajadi yang menjadi penggalak kepada hormon prolaktin yang menghasilkan susu ibu.



  • Makan Makanan Seimbang
Bulan Ramadhan banyak dugaan dari segi juadah berbuka. Pilih makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi dan roti yang boleh membekalkan kalori yg secukupnya sepanjang hari. Makanan harus seimbang. Setiap menu berbuka dan sahur harus ada sayur dan buah-buahan untuk membekalkan serat yang tinggi dan nutrien penting bagi ibu menyusu. Hindari makanan pedas yang boleh membuatkan ibu mudah letih dan terhidrasi. Ibu boleh maintain untuk makan 3 kali tapi harusla dengan pengambilan makanan yang seimbang iaitu pada waktu sahur, ketika berbuka puasa dan sebelum tidur.


  • Pump susu mengikut Jadual Sesi Pump
Ibu bekerjaya boleh menerukan sesi pump mengikut jadual seperti biasa. Prinsip Demand dan Supply harus diutamakan. Semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Jangan skip sesi pump hanya kerana anda berpuasa. Berpuasa dengan tips yang diberikan In shaa Allah tidak akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu selagi konsep Demand dan Supply ini dijaga.



  • Kerapkan Penyusuan
Susukan bayi sekerap mungkin secara direct feeding apabila anda bersama bayi selepas waktu kerja dan selepas waktu berbuka. Tambah kekerapan penyusuan pada waktu malam untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap penghasilan susu ibu. Ibu juga boleh pam di waktu malam setelah bayi tidur untuk ambil peluang kumpul lebih banyak stok EBM , yang membantu pengeluaran susu ibu adalah pada tahap tertinggi di sebelah malam.



  • Yakin dengan Diri Sendiri
Sentiasa YAKIN yang anda boleh berjaya menyusu walau berpuasa. Setiap hari, bayangkan yang susu anda sangat banyak untuk bayi. In shaa Allah susu akan tetap lancar walau berpuasa. Jangan berasa panik dan risau jika susu drop di awal-awal puasa. Pastikan anda amalkan pemakanan seimbang dan minum dengan kerap sepanjang tempoh berbuka dan sahur. Tubuh anda akan  menyesuaikan dengan rutin baru anda ketika berpuasa dalam masa beberapa hari. Penghasilan susu ibu akan kembali normal pada ketika itu.



  • Rehat dengan Secukupnya
Ambil masa untuk rehat seketika dan tenangkan minda dari rutin harian anda. Jika ada kerja-kerja berat, boleh dilakukan di sebelah malam selepas berbuka. Banyakkan membaca Quran, Zikir dan Doa agar dipermudahkan menjalani ibadah puasa dalam tempoh menyusu. Menyusu juga adalah ibadah. In shaa Allah akan dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan perjalanan penyusuan ini.

In Shaa Allah semua juga dengan izin Allah.Happy breastfeeding ibu-ibu semua.Tips untuk semua ibu-ibu di luar sana dan Mama Hana juga.Semoga bermanfaat.

Untuk pertanyaan tentang suplement shaklee boleh hubungi saya :
Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup)

Friday 20 May 2016

Kanser Perut Hilang Dengan Vivix.Vivix Dapat Membantu Merencatkan Sel-sel Daripada Berulang.

Selamat petang semua.Hari ini Mama Hana nak berkongsi lagi cerita.Kali ini tentang kanser perut.Biasa kan dengar kanser perut dan apa jua kanser.Sudah semestinya bila dengar kanser sahaja secara automatik fikir bahayanya bila ada kanser.Boleh membawa maut,jika tidak dirawat segera.

Apa itu kanser perut ?



Dari segi perubatan,kanser perut (juga dikenali sebagai gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak ke seluruh perut dan organ lain.Kanser perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati,pankreas dan kolon.Kanser ini juga mampu merebak ke organ jauh seperti paru-paru ,nod lymph atas tulang selangka dan ovari.

Kanser perut sukar dikesan.Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan dalam kebanyakkan kes,kanser tersebut telah merebak sebelum ia disedari.

Antara gejala kanser perut :


Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati)
  • Tidak selesa atau sakit di bahagian perut
  • Mual dan muntah
  • Cirit birit atau sembelit
  • Kembung perut selepas makan 
  • Hilang selera makan
  • Lemah dan letih
  • Pendarahan


Mari lihat testimoni ini yang menghidap kanser perut :



"Mak kena kanser tahap 4,dan alhamdulillah lepas kimo dah hilang kanser tu.Cuma kena selalu check up.Mak memang makan vivix time mula-mula dapat tahu kanser.
Tak pernah berhenti makan lagi,kalau tak makan tak de tenaga.Rasanya sebab mak makan Vivix,kanser itu tak naik dah,selalu risiko kanser akan naik semula lepas kimo.
Alhamdulillah dah dekat 2 tahun makan."

Bagaimana Vivix membantu dalam mengurangkan sel-sel kanser itu ?


  1. Kerosakan DNA - Setiap hari setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA.Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik ,menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.
  2. Pengawalan Genetik - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.Di dalam satu penemuan utama,menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan.
  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  4. Penimbunan Protein AGE - Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari Resveratrol (kandungan dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Dengan pengambilan Vivix sesudu setiap hari dapat membantu mengurangkan sel-sel kanser itu dari merebak lebih teruk.Demi insan tersayang hadiahkanlah sebotol vivix ini.

   harga untuk sebotol Vivix RM475


Berminat dan ingin mencubanya .Hubungi saya :
Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup/telegram)

Petua Mengatasi Masalah Bengkak Susu.




Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Betul,sebab Mama Hana sendiri pernah mengalaminya 2 tahun lepas.Memang sakit sangat masa kena bengkak susu.Rasa nak demam dan sangat tidak selesa.Masa itu juga pengalaman pertama Mama Hana juga.Dalam entri saya pada hari ini ,nak berkongsi sedikit info B
bagaimana cara mengatasi masalah ini? Semoga dengan info ini dapat membantu para ibu di luar sana.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya dengan hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Antara petua-petua yang boleh ibu amalkan jika menghadapi masalah bengkak susu .


  1. Memakai bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  2. Menyusukan bayi dengan lebih kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
  3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  4. Tuam dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri boleh membantu susu keluar dengan dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa.
  5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  6. Menyikat payu dara yang bengkak dengan menggunakan sikat.(Tekniknya sikat menghala ke puting.)
  7. Meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan.Daun kubis itu ada kesan penyejukkan.Mungkin serba sedikit akan membantu.
  8. Berurut dengan bidan,dengan berurut ia sedikit sebanyak membantu melancarkan semula pengaliran susu agar lebih lancar.
  9. Guna daun sirih.Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  10. Jika tidak berkesan dengan petua semua di atas,boleh mencuba menggunakan suplement.Boleh mencuba Lecithin.Ia membantu mengurangkan risiko clog duct susu tersumbat.



Lecithin juga membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.Juga m
embantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.Selain itu juga,ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.

Di sini saya juga selitkan testimoni Lecithin untuk masalah ini.



Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya :
Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup/telegram)