Friday 20 May 2016

Petua Mengatasi Masalah Bengkak Susu.




Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Betul,sebab Mama Hana sendiri pernah mengalaminya 2 tahun lepas.Memang sakit sangat masa kena bengkak susu.Rasa nak demam dan sangat tidak selesa.Masa itu juga pengalaman pertama Mama Hana juga.Dalam entri saya pada hari ini ,nak berkongsi sedikit info B
bagaimana cara mengatasi masalah ini? Semoga dengan info ini dapat membantu para ibu di luar sana.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya dengan hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Antara petua-petua yang boleh ibu amalkan jika menghadapi masalah bengkak susu .


  1. Memakai bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  2. Menyusukan bayi dengan lebih kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
  3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  4. Tuam dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri boleh membantu susu keluar dengan dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa.
  5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  6. Menyikat payu dara yang bengkak dengan menggunakan sikat.(Tekniknya sikat menghala ke puting.)
  7. Meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan.Daun kubis itu ada kesan penyejukkan.Mungkin serba sedikit akan membantu.
  8. Berurut dengan bidan,dengan berurut ia sedikit sebanyak membantu melancarkan semula pengaliran susu agar lebih lancar.
  9. Guna daun sirih.Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  10. Jika tidak berkesan dengan petua semua di atas,boleh mencuba menggunakan suplement.Boleh mencuba Lecithin.Ia membantu mengurangkan risiko clog duct susu tersumbat.



Lecithin juga membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.Juga m
embantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.Selain itu juga,ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.

Di sini saya juga selitkan testimoni Lecithin untuk masalah ini.



Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya :
Mama Hana 017.569.0765 (call/sms/wasup/telegram)

No comments:

Post a Comment