Muka dan penampilan nampak cantik!
Tetapi pada hakikatnya ada masalah bau badan!!Pastinya kita malu jika hendak berhadapan dengan orang ramai.
Pasti ada juga yang mengejek anda kan??Tidak perlu risau mari kita kaji apakah punca-puncanya dan untuk hari ini saya juga nak kongsikan entri tips atau cara mengatasinya.Mudahan dapat membantu masalah anda.
Punca-punca bau badan
- Berpunca dari bakteria
-Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen,jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit.Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak daripada kelenjar Eccrine.
- Berpunca dari toksin dalam badan
-Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses proses pencernaan tidak sempurna.Pengambilan pelbagai jenis makanan,majoritinya digunakan untuk tubuh,sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin.Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal,hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
- Pengambilan kafein dan pemakanan yang berempah yang berlebihan
-Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak,tidak kira lelaki atau wanita.Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih,daging,rempah,kafein dan kekacang.
- Faktor kesihatan dan genetik
-Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal,hati,jangkitan kuman,kencing manis dan tiroid.Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai masalah bau badan tiba-tiba mengalami perubahan bau badan.Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
TIPS MENGATASI BADAN BERBAU
- Mandi dengan lebih kerap.
- Gunakan sabun antiseptik.
- Tukar pakaian lebih kerap.
- Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh.
- Gunakan deodoran dan pewangi.
- Kurangkan makanan yang berlemak.
- Makan supplement yang boleh kurangkan bau badan.
Antara supplement Shaklee yang membantu mengurangkan masalah bau badan:
ALFALFA COMPLEX
botol kecil 330 tablet RM53.75
botol besar 700 tablet RM97.50
- Alfalfa mengandungi zat antibakteria di dalam klorofilnya.Alfalfa mengatasi bau badan dengan membunuh bakteria di dalam tubuh.Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
GARLIC COMPLEX
60 tablet RM47.50
- Garlic Complex diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua Allicin.Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau.Walaupun bawang putih salah satu penyebab tetapi tablet Garlic Complex tidak pecahkan sehingga ke usus kecil.Di samping itu,ia mengandungi campiran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
HERB-LAX
120 tablet RM52.
Herb-lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus.Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah,mengurangkan bau badan,membantu masalah sembelit dan mengempiskan perut.
Selain itu boleh juga amalkan petua-petua seperti di bawah.
- Daun sirih-Daun ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman dan bakteria.
Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam bekas yang berisi air panas.Biarkan ia sejuk,apabila rendaman itu sudah sejuk bolehlah minum air rendaman itu.Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah bau badan akan hilang.
- Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua menghilangkan bau badan.
Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil,semasa mandi gosokkan kepingan timun itu ke seluruh badan.Setelah itu bilas air seperti biasa.
- Bunga cengkih
Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas.Biarkan ia kembang.Kemudian minumlah air rendaman itu.Amalkan dengan kerap,insyallah masalah bau badan dapat diatasi.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
Mama Hana<<0175690765>>
Sms/call/wasup



