Monday 25 July 2016

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN.



Assalamualaikum dan selamat petang buat semua.Kali ini Mama Hana nak berkongsi beberapa punca ibu yang mengalami Keguguran.Mama Hana sendiri pernah merasainya,kecewa juga pada mulanya.Tapi kena terima dan redha pasti ada hikmah disebaliknya.
Seperti yang anda semua ketahui,di awal kehamilan setiap ibu-ibu harus lebih berhati-hati kerana janin masih tidak kuat ketuk itu.Jadi haruslah berhati-hati.
Mari Mama Hana kongsikan serba sedikit info ini,agar bermanfaat buat kita semua.

Punca keguguran di awal kehamilan.


  • Tekanan atau stress 
Jika anda tahu anda hamil ,elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan  keguguran.Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.

  • Berdiri dan berjalan terlampau jauh
Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan.Seharusnya imbangi aktiviti ini.

  • Tidak mengambil Asid Folic
Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa.Asid Folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan.Sebab itu penting untuk mengambil Asid Folic SEBELUM hamil lagi.

  • Kasut tumit tinggi
Memang tidak digalakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf-saraf boleh merosakkan kandungan.

  • Pakaian terlalu armpit dan ketat
Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil.Bayi Di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.

  • Terlalu aktiviti
Di awal kehamilan , ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak .Kerana kemungkinan janin Di dalam masih belum kukuh dan dalam proses pembentukan.Juga tidak digalakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.

  • Tidak cukup that
Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan keguguran.Rehat secukupnya dan Cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.

  • Pemakanan
Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungn.Elakkan makanan-makanan seperti nenas,tebu,limpa,minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan .Banyakkan memakan makanan seperti susu,kekacang,sayuran dan berprotein tinggi.

  • Kandungan tidak menjadi
Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita.Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi.Ini semua kuasa Allah.Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Semoga dapat dimanfaatkan segala info ini.Untuk menguatkan rahim anda boleh amalkan set ibu hamil seawal yang boleh,bagi kandungan ibu-ibu Selamat.

Untuk maklumat lanjut dan infinity membuat sebarang order boleh hubungi saya :

Mama Hana 017.569.0765
Wasup/telegram/SMS/call



No comments:

Post a Comment