Tuesday 19 July 2016

5 TANDA-TANDA BERSALIN YANG PERLU ANDA KETAHUI



Assalamualaikum.Kembali bersiaran lagi,kali ini Mama Hana nak berkongsi tanda-tanda ibu hendak bersalin.Moga dengan info ini bakal ibu yang buat kali pertama tahu serba sedikit ilmu tentang ini,dan ilmu buat Mama Hana juga untuk hamil yang akan datang.In shaa Allah.


  • Ngilu di bahagian ari-ari

Semakin anda hampir hendak bersalin,rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa.Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahupun besar,sakit perut serta buang angin.Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.


  • Sakit tulang belakang


Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan.Ini kerana di akhir kehamilan pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.



  • Keluar lendir berdarah


Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluar lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin.Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan.Jika anda mengalami tanda ini,segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.


  • Keluar air ketuban
Tidak semua bakal ibu mengalami situasi ini.Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina,iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras ,segeralah ke hospital untuk pemeriksaan.Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.



  • Kontraksi rahim
Jika sudah sampai masanya ,anda akan mengalami kontraksi yang berturutan bermula satu jam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap.Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu.Jadi ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.




Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu para ibu,terutamanya bakal ibu yang buat pertama kalinya.Setiap orang pasti mengalami tanda-tanda yang berbeza.

Sebarang pertanyaan dan ingin membuat sebarang order boleh hubungi saya :

Mama Hana 017.569.0765

No comments:

Post a Comment