Friday 24 October 2014

POSISI TIDUR TERBAIK UNTUK BAYI

Assalamualaikum dan salam sayang semua.Tidak semua ibu-ibu menggunakan posisi tidur anak dengan cara yang sama kan!Jadi terpulang kepada setiap ibu-ibu mahu gunakan cara yang mana terbaik untuk anak tidur lena.


Cara tidur yang digalakkan

  • secara terlentang
  • mengiring
  • meniarap


Kelebihan bayi tidur secara meniarap

  1. bayi tidur dengan lebih lena dan lama
  2. perut anak jarang meragam @ kembung perut
  3. tidurnya tidak akan terganggu atau terkejut
  4. bayi jarang tersedak susu



       Inilah gambar anak saya tidur.Gambar sekadar hiasan.

Bagi saya sendiri,saya memilih dengan cara meniarap.Anak saya sendiri saya tidur secara meniarap.Saya ajar mula gunakan cara ini semasa usia anak saya dua bulan.Pada mulanya saya amat risau kerana kepalanya memusing hanya sebelah sahaja.Tetapi alhamdulillah lama-kelamaan anak saya sudah pandai untuk memusingkan kepalanya sewaktu tidur mengikut keselesaannya.Sejak anak saya tidur secara meniarap ini tidurnya sangat lena sehingga 2-3 jam tidur.Selain itu,bagus kerana perutnya tidak pernah kembung.Jika bayi muntah sekalipun ianya tidak akan tertelan.


Alhamdulillah sehingga ke hari ini anak saya masih tidur secara meniarap.Jika terdengar bunyi kuat sekalipun anak saya jarang terkejut.Saya amalkan tidur meniarap ini sebelah siang sahaja.Sebelah malam anak saya tidur terlentang.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya.Terpulang pada ibu-ibu di luar sana jika mahu anak tidur mengikut posisi yang sesuai.Terima kasih.




2 comments:

  1. anak saya dulu pun diajar tidur tiarap oleh neneknya, mmg tdo lena. mula2 takut gak muka tertangkup tak boleh nafas, tp tak.. thanks for d info

    ReplyDelete
  2. sama-sama..saya pun ada pengalaman kerja di taska memang semua baby diberi tidur meniarap..memang nampak selesa dan baby akan tidur lama..tapi terpulang juga pada ibu-ibu yang lain..saya hanya berkongsi ilmu

    ReplyDelete