Wednesday 1 October 2014

PANDUAN MENGURUT BAYI

Assalamualaikum..Pagi ini bersiaran lagi di blog saya dengan tajuk yang menarik juga,info yang bagus untuk ibu-ibu di luar sana.Saya akan berkongsi dengan anda semua tentang panduan mengurut bayi.Saya juga pernah diajar cara-cara urutan bayi ini semasa mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK).

Urutan adalah salah satu daripada cara ibu berkomunikasi dengan bayi.Urutan juga mampu merangsang pengeluaran hormon serotoninyang juga dikenali sebagai terapi gembira yang membantu melegakan & memberi ketenangan kepada bayi.



PERSEDIAAN

1)Pastikan keadaan selesa & tenang.

2)Suasana bilik senyap & sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk.Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut & selesa.

3)Gunakan losyen bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus.Gosokkan kedua-dua tangan bagi mendapatkan rasa hangat.

4)Kebiasaannya bayi diurut selepas mandi pada waktu pagi atau boleh juga sebelum waktu tidur.

CARA URUTAN

MUKA

-Gunakan ibu jari anda & buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya,kemudian di bawah bibir bayi.Ulang sebanyak tiga kali.


DADA

-Menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi,tolak keluar ke arah tepi & mengikut susunan tulang rusuk.Tanpa beralih tangan daripada badan bayi,gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk hati sehingga bahagian tengah.


TANGAN

-Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan.Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan & rentak diselang-selikan.


KAKI

-Pegang kaki bayi & pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan.Pada masa yang sama picit dengan lembut.Kemudian memegang kedua-dua kaki,buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.


PERUT

-Menggunakan hujung tangan,lakukan gerakan mendayung pada perut bayi,berselang-seli tangan.Buatkan gerakan separa bulat dengan tangan kanan anda,dari kiri ke kanan.Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan.Ketika tangan kanan anda bergerak di atas,tangan kiri anda di bawah,lakukan satu pusingan hala lawan arah jam dengan tangan kanan anda.Menggunakan hujung jari,buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan.


BAHAGIAN BELAKANG

-Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi.Mulakan dengan bahagian atas belakang,bersudut tegak pada tulang belakang.Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang,pada arah bertentangan,membawa ke bahagian punggung kemudian naik ke bahu.


KELEBIHAN MENGURUT BAYI

-Membantu merangsang pembesaran fizikal bayi

-Menguatkan ketahanan tubuh badan

-Membina keyakinan diri

-Melancarkan perjalanan darah & memperbaiki sistem penghadaman

-Membantu memudahkan bayi tidur

-Merangsang aliran oksigen dalam badan

-Membantu perkembangan fungsi otot

-Meredakan kesakitan apabila demam

-Merangsang perkembangan fizikal & psikologi

-Membuatkan bayi rasa tengan & selesa

-Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu & bayi

Selamat mencuba untuk ibu-ibu di luar sana..Sharing is caring..

Untuk sebarang pertanyaan tentang suplement Shaklee,boleh hubungi saya

Whatsapp/telegram 0163102372

fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life

No comments:

Post a Comment