Saturday 4 October 2014

TIPS UNTUK MEMBUAT GIGI KEMBALI PUTIH SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum...Anak tengah tidur curi masa sekejap sharing sesuatu dalam blog.Pagi ni saya nak kongsikan bersama anda semua tips untuk membuat gigi kembali putih secara semulajadi...


LEMON DAN GARAM

Gunakan beberapa titis jus lemon yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.Aplikasikan pada gigi & gosok secara lembut seperti ketika anda memberus gigi.Ini akan membantu menghilangkan kekuningan atau karat pada permukaan gigi.

KULIT LIMAU

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau.Ia mengandungi unrur pemutih yang sangat lembut sekaligus membantu menghilangkan noda karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan gigi.

DAUN SALAM

Ambil 6 helai daun salam,lalu jemur di bawah matahari hingga kering.Haluskan daun salam tersebut & tambahkan serbuk kulit limau.Gosok campuran ini pada gigi setiap hari & lihat hasilnya nanti.

STRAWBERI

Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati malah ia kaya dengan vitamin C.Selain itu,ia juga memiliki khasiat untuk membersihkan gigi.Biarpun buah ini rasanya manis/masam buah ini tidak berbahaya pada kesihatan gigi.Sebaliknya ia membantu menghilangkan noda karat pada gigi & membuatnya menjadi lebih putih.

SARI EPAL DAN CUKA PUTIH

Sari buah epal & cuka putih juga sangat efektif menghilangkan noda karat pada gigi kerana kedua-duanya mengandungi bahan pemutih yang membantu menghilangkan noda dengan cepat.Pun begitu,pastikan anda tidak menggunakannya terlalu banyak dan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan gigi.Selain itu,rasanya juga sangat pahit.

Selain itu,untuk mendapatkan senyuman yang cantik menawan,anda harus rajin memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

CANTIK DI HATI

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sharing is caring...Selamat mencuba semua!!

No comments:

Post a Comment