Thursday 16 October 2014

RESEPI STRAWBERI KRIM COKLAT

Assalamualaikum...Santai-santai Petang pada ibu-ibu Dan sesiapa sahaja...Dari duduk saja-saja meh kita cuba resepi mudah dan ringkas... Yang penting buah strawberi...

Haaa...Biasanya kita makan buah strawberi begitu sahaja ataupun disalut bersama coklat.Kali ni saya nak berkongsi sedikit resepi untuk strawberi dan boleh dijadikan pencuci mulut..Mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk membuatnya dan hanya menggunakan bahan yang biasa ada di rumah..


1)Sediakan buah strawberi,pisau,krim putar,coklat dan chocolate rice.Potong dan buangkan bahagian dalam buah strawberi.

2)Potongkan bahagian bawah buah strawberi agar ia mudah di tegakkan.

3)Cairkan coklat dan celupkan bahagian bawah buah strawberi.

4)Letakkan krim putar dalam buah strawberi dan taburkan chocolate rice.Masukkan dalam peti sejuk seketika dan sedia dihidangkan.

Mari kita bersama-sama mencuba resepi ini...senang dan mudah aje kan!saya pun belum mencubanya lagi,lagipun buah strawberi tak de hehee.....

Untuk sebarang pertanyaan tentang suplement shaklee boleh hubungi

call/sms/whatsapp/wechat/telegram 0163102372

fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life

1 comment:

  1. kene borong stoberi kat Cameron Highlands dlu baru best nih!

    salam perkenalan

    ReplyDelete