Thursday 9 October 2014

PANDUAN MEMILIH WARNA BAJU MENGIKUT KULIT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....Ok tajuk untuk blog saya pada pagi ini ialah panduan memilih baju mengikut kulit anda..

Biasanya golongan wanita sahaja yang bingung saat memilih pakaian untuk digayakan,malah golongan lelaki turut berhadapan dengan perkara yang sama.Paling memeningkan adalah untuk memastikan pakaian yang dikenakan menarik perhatian wanita idaman.Oleh itu lelaki juga harus tahu tips memilih warna pakaian yang sesuai dengan diri.Ini kerana warna yang sesuai akan menyerlahkan lagi aura diri.Jom kita semak warna baju yang sesuai dengan kulit anda...

KULIT GELAP

Lelaki yang berkulit gelap sebaiknya jangan mengenakan pakaian berwarna gelap kerana akan 'mematikiruan' pancaran warna anda.Sebaliknya pilih warna yang cukup berbeza.

Warna yang paling sesuai-merah jambu,putih,kelabu muda,biru cerah

Elakkan-hitam,coklat tua,hijau,magenta turquoise (biru kehijauan),biru navy

KULIT SAWO MATANG

Ramai yang beranggapan lelaki berkulit cerah boleh menggunakan sebarang warna pakaian.Lelaki berkulit sawo matang juga boleh memilih baju berwarna apa pun tetap kelihatan sesuai kerana  warna cerah dan gelap boleh menghasilkan kontra yang menarik untuk kulit mereka.

warna yang sesuai-kuning,merah,biru,hitam,merah jambu

Elakkan-coklat tua,kuning langsat,hijau,merah hati.

KULIT CERAH

Lelaki berkulit cerah sebaiknya elakkan pakaian berwarna terang keran ia kan menonjolkan warna kulit anda.

warna palin sesuai-biru cerah,coklat,kuning,putih gading,biru tua.

Elakkan-merah,merah jambu,oren,kuning dan ungu.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment