Thursday 11 September 2014

TIPS RAWATAN SEMULAJADI DEMAM SELESEMA BAGI BAYI & KANAK-KANAK

Selamat petang...Sambil santai-santai,anak pun tengah tidur...saya nak kongsikan tips buat ibu-ibu di luar sana...

Pastinya perkara yang paling sukar buat ibu bapa ialah ketika bayi mereka mendapat selesema buat kali pertama.Bayi akan berasa tidak selesa & sukar untuk menyusu.Ibu mana yang senang melihat bayi mereka berada dalam keadaan tidak sihat,tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan bayi anda.


Memandangkan ubat-ubatan tidak sesuai untuk bayi,di sini saya ingin kongsikan tips buat para ibu-ibu di luar sana bagaimana mahu mengurangkan masalah selesema bayi anda..Hanya menggunakan bahan semulajadi..

Bahan-bahannya :

-minyak zaitun
-bawang putih
-lemon

Cara-caranya :

-campurkan hirisan lemon,bawang putih & minyak zaitun.
-ramas campuran hingga mengeluarkan bau segar.
-gunakan campuran ini untuk mengurut bahagian tapak kaki,belakang badan @ bahagian lain tubuh badan.

Cara ini bagi mengurangkan/merawat demam selesema yang amat mudah dijangkiti bayi & kanak-kanak.


Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak 8-10 kali dalam masa 2 tahun pertamanya..

Ok selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment