Monday 29 September 2014

MANFAAT MANDI RAWAT PENYAKIT

Assalamualaikum & selamat pagi...Salam hujung minggu buat semua..Topik saya pada pagi ini adalah berkaitan dengan mandi.Setiap hari kita wajib mandi baru badan rasa lebih segar,bersih & sihat.Kalau anda tak mandi satu hari apa yang anda rasa??Pasti gelisah & tidak selesa kan!Ok hari ini saya kongsikan bersama anda manfaat mandi rawat penyakit.


Mandi bukan hanya membuatkan tubuh segar tetapi mempunyai manfaat lain di sebaliknya yang kadang-kadang kita sendiri tidak mengetahuinya.Mengikut penyelidikan yang selama ini diketahui hanya untuk menyegar & membersihkan badan,sebenarnya ia juga berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh,mencegah penyakit kuit,bahkan untuk menyembuhkan masalah penyakit yang serius.

Mandi air panas sekitar suhu 32-35 darjah celcius dapat membuka pori-pori yang dapat membantu mengeluarkan racun.Ia juga membantu menurunkan kadar gula darah,menyembuhkan sakit otot& membantu menjaga usus besar bekerja dengan lebih baik.Waktu yang disarankan adalah 10-20 minit.

Mandi air dingin pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan & dianjurkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius.Hal ini adalah bertentangan dengan air panas kerana ia akan mempersempit darah & meningkatkan tingkat gula darah.Oleh sebab itu,untuk penghidap diabetes tidak digalakkan mandi air dingin.

MANFAAT MANDI

Penghidap diabetes

-Setengah jam berendam dalam air panas dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13%.

Kesihatan jantung

-Berendam selama 10 minit dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.

Ekzema

-Ekzema adalah peradangan kronik kulit yang kering & gatal.Untuk penghidap penyakit kulit seperti ekzema,ruam,gatal-gatal dengan menambahkan serbuk penaik ke dalam tab mandi kerana berdasarkan penyelidikan serbuk penaik bertindak sebagai antiseptik.Caranya isi air dengan air panas tambah 1 sudu serbuk penaik & kacau air di tab mandi sehingga rata.Kemudian rendam badan di dalam air tadi selama 10-20 minit.

Selesema & sakit kepala

-Untuk menyembuhkan selesema & sakit kepala dapat dilakukan dengan merendamkan kaki dalam air panas.Masukkan air panas secukupnya dalam tab sambil menutupi kaki & pergelangan kaki.Tambah beberapa titis minyak seperti lavendar,pudina @ lemon.Setelah selesai bilas dengan air sejuk.Lakukan selama 10-20 minit.

Insomnia

-Untuk penghidap insomnia @ yang memiliki masalah tidur,rendamkan kaki dalam air sejuk sangat membantu.Masukkan kaki sehingga kaki berasa sejuk.Cara ini berguna bagi yang lelah,pendarahan hidung & sembelit.

Perjalanan darah

-Jika anda mengalami masalah perjalanan darah,cubalah merendam kaki selama 1 @ 2 minit dalam air panas.Kemudian lakukan selama 15 minit & bilas dengan air sejuk.

Sebagai panduan buat kita semua....


No comments:

Post a Comment