Tuesday 9 September 2014

KELEBIHAN & KEHEBATAN SURAH AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah adalah surah pertama dalam kitab suci Al-Quran.
Surah ini di turunkan di Mekah & terdiri dari 7 ayat.
Al-Fatihah merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada.Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan) kerana dengan surah inilah dibuka & dimulainya Al-Quran.

Barangsiapa yang membaca Al-Fatihah di antara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali,maka dia akan :

-Darjat & pangkatnya naik

-Tidak akan mengalami kemiskinan

-Allah SWT akan membayar hutangnya

-Menyembuhkan segala penyakit

-Dikuatkan kelemahannya oleh Allah

-Usahanya berhasil sampai yang dicita-citanya terkabul

Surah Al-Fatihah sebagai penawar

1)untuk membuatkan seseorang(suami,isteri,anak) supaya sentiasa ingat & kasih pada anda
   #bacalah surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur

2)untuk mengubati penyakit yang kritikal
  #baca surah Al-Fatihah 41 kali & tiup pada air
  #minum air & mandi menggunakan air tersebut

3)untuk merawat masalah sakit kepala
 #baca surah Al-Fatihah 7 kali mengusapkan kepala orang yang sakit
 #lakukannya 1 kali sebelah pagi & 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal

4)untuk mengurangkan sakit yang melampau
 #baca surah Al-Fatihah 3 kali & tiupkan dalam segelas air & minum air tersebut
 #kemudian baca surah Al-Fatihah sambil mengusap di tempat yang sakit

5)untuk menghentikan bayi/anak kecil yang sedang menangis
 #baca surah Al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak tersebut

6)untuk merawat luka-luka kecil
 #baca surah Al-Fatihah 3 @ 7 kali
 #kemudian guna ibu jari,ambil sedikit air liur dari bahagian lelangit & gosokkan pada kawasan luka
  tersebut

Oleh itu mari kita cuba amalkan..Insyallah..Aamiin


No comments:

Post a Comment