Saturday 13 September 2014

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT




Selamat pagi semua...Salam hari Jumaat yang mulia ini,iaitu penghulu segala hari...

Lihat pada gambar di atas pasti tahu apa permasalahannya...Anda juga begitu,mengalami keguguran rambut yang banyak...Terutamanya pada ibu-ibu selepas bersalin.Ok jom kita lihat apakah puncanya terjadi keguguran rambut ini..

Masalah keguguran rambut boleh terjadi pada sesiapa sahaja,tidak kira wanita mahupun lelaki.Menurut kajian,keguguran rambut tergolong kepada dua kategori iaitu keguguran normal & tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari,bermakna anda mengalami keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda keguguran rambut terjadi oleh beberapa faktor iaitu pengaruh hormon,kekurangan vitamin,kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Secara umumnya,hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.Rambut rosak & kering juga membuatkan akar rambut tidak bermaya & mudah gugur.

Punca-punca keguguran rambut

1)Melahirkan anak
-Selepas seseorang melahirkan anak,pusingan rambut memasuki fasa berehat yang agak lama.Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2-3 bulan.Dalam tempoh 2-3 bulan sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak.Dalam masa 1-6 bulan ia akan pulih.

2)Penyakit tiroid
-Kalenjar tiroid yang terlalu aktif & pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

3)Demam,jangkitan & selesema yang serius
-Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius,seseoramg mungkin terkejut melihat rambut gugur yang banyak.Namun keguguran ini akan pulih seperti biasa.

4)Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
-Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein @ tabiat pemakanan abnormal.

5)Ubat-ubatan
-Sesetengah ubat-ubatan boelh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout,artritis,kemurungan,masalah jantung hipertensi & ubat mencairkan darah.Pengambilan vitamin A yang berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

6)Rawatan kanse
-Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis & mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Sharing is caring....

No comments:

Post a Comment