Saturday 27 September 2014

ROTI SARDIN BERSALUT TELUR

Assalamualaikum & selamat pagi...Baru je settle buat kerja rumah..Pagi ni nak share pasal resepi roti sardin salut telur..Ni resepi mak saya & saya suka sangat makan...Kali terakhir makan sebelum bersalin,sekali makan xcukup 2-3 ku suka jadi makan lebihla heheeeee....

Ini antara bahan-bahannya :


Tepung dalam 3 sudu + air (untuk gam roti je...)

sardin

roti (saya guna roti gardenia sedap sikit)

telur 1 @ 2 biji bergantung kepada banyak mana buat yea...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cara-caranya :

-tumis sardin dengan bawang,lada...nak letak kentang pun boleh,tak nak letak pun tak mengapa...ikut kesesuaian masing-masing

-kukus roti & selepas dikukus potong bahagian tepi roti..saya kukus supaya roti lembut & mudah dilenyekkan nanti

-selepas itu letakkan sardin yang ditumis tadi ke atas roti & balut...gamkan tepi-tepi roti dengan tepung...baru nampak kemas,isi sardin sedikit je,tak perlu nak banyak-banyak..

beginilah rupanya selepas dibalut...senang aje kan!

-kemudian bolehlah digoreng dengan menyalut roti dengan telur..

-pastikan guna api yang perlahan & minyak sedikit je,sebabnya minyak akan meresap pada roti...


tadaaa....dah siap!bolehla dimakan...

inilah sarapan saya pagi tadi...Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment