Monday 24 November 2014

IKAN KEMBUNG TIGA RASA ISTIMEWA

Selamat tengahari

Dah lunch ke??

Kalau belum jemput-jemput cuci mata dengan resepi dapurku untuk hari ini.Mula-mula terfikir juga nak masak apa hari.Fikir punya fikir tiba-tiba idea pun datang nak masak ''ikan kembung tiga rasa''.Kebetulan bahan-bahan pun ada dan ianya sangat mudah dibuat.Kira campak-campak je dah siap!!


Ok antara bahan-bahannya :


-ikan kembung yang telah siap digoreng

-1 biji bawang putih dipotong dadu

-1 biji bawang besar dipotong dadu

-1 biji tomato dipotong dadu

-lobak merah dipotong dadu (ikut nak guna banyak mana)

-1 batang serai (diketuk)

-2 helai daun limau purut (dihiris halus)

-sos tomato

-sos cili

-3 tangkai cili padi (terpulang nak pedas letak lebih)

-garam dan gula secukup rasa


CARA-CARANYA:


1)Tumis bawang putih bersama serai sehingga kekuningan (jangan sampai hangit yea!)

2)kemudian masukkan sos cili dan sos tomato dalam 2-3 sudu (terpulang nak letak banyak mana pun)

3)Selepas itu masukkan daun limau purut,lobak merah,bawang besar dan tomato

4)Masukkan juga gula dan garam secukup rasa,tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan ini tidak terlalu pekat

5)Biarkan mendidih,selepas itu bolehlah ditaburkan ke atas ikan kembung



tadaaa...inilah dia resepi mudah dan simple..air tangan isteri masak untuk suami tercinta


Maaf kalau ada terkurang..Nak lebih special boleh tambah buah potong dalam tin...Sekian untuk resepi di dapurku untuk hari ini.Jumpa di lain sesi...


untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

FB:Faezah Mohamed Said
0163102372 (wechat/telegram)
PAGES:good health for life
email:faezahmohdsaid@yahoo.com






18 comments:

  1. bestnya masak 3 rasa...baru lepas lunch tapi da ikan keli goreng jer..

    Multivitamin

    ReplyDelete
  2. Terliuq den tgk! Lapar pulak tetiba. Sok nk masak ni la..hehe

    Jom baca >>> Isyarat Kontraksi Awal. Ikuti Tips Kekal Selesa Semasa Braxton Hicks

    ReplyDelete
  3. simple, mudah dan cepat...itu yang para ibu sukakan...

    SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul...hati ikhlas bila masak lagi bertambah sedap

      Delete
  4. Replies
    1. yea kak tun xsemestinya ikan siakap,ikan lain pun boleh

      Delete
  5. Hmm sodap!! Tambah2 kalau ikan tu ikan baru dan lemak..hehee..

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  6. Terliur wehh hehe. Harus cuba jugak ni. Kadang makan kat kedai tak puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan kat kedai xpuas,lagipun kalau masak sendiri lagi sedap nk mkn lebih pun blh

      Delete
  7. sedapnya.. boleh la nak masak ikut resepi ni petang nanti, tapi ganti ikan tu ke ayam..

    8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

    ReplyDelete