Tuesday 15 April 2014

Migrain

Migrain berasal daripada perkataan Greek iaitu Hemikrania yang bermaksud sebelah tengkorak @ dikenali sebagai 'vescular headache'.
Migrain merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik & pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas harian seperti biasa.Malah ada di antaranya tidak lalu makan,minum & hanya terbaring lemah kerana pesakit yang mendapat gangguan migrain akan mengalami sakit kepala yang teruk.
Menurut kajian,golongan wanita lebih kerap mendapat migrain terutamanya ketika didatangi haid.
Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap migrain adalah mereka merasai kesakitan kepala yang amat sangat & hanya berdenyut pada salah satu bahagian kepala sehingga merebak ke hidung & mata.Selain itu,pesakit juga akan berasa sensitif pada sebarang bunyi,persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot,badan berpeluh & mendapati kulit terutama keliling mata @ dahi kemerah-merahan.
Awas!!Jangan biarkan situasi ''Aduhhh...kenapa kepala aku tiba-tiba rasa macam nak meletup ni!''dipandang sebagai perkara remeh kerana kadangkala ia bukanlah sakit kepala biasa tetapi disebabkan migrain..

No comments:

Post a Comment