Sunday 6 April 2014

TIPS PENJAGAAN PERUT.

PENJAGAAN MODEN UNTUK PENJAGAAN PERUT.

a)Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis.Perut yang kempis akan menampakkan susut tubuh badan yang cantik serta mudah untuk menggayakan pelbagai fesyen.Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit & juga berkaitan penjagaan perut.

b)Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan.Makanan yang diproses &juga makanan segera sering menjadi pilihan.Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingan pada tubuh badan?Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula & lemak yang tersembunyi.

c)Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan & obesiti.Sebelum masalah ini terjadi pada anda,sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan,jangan khuatir & cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah & boleh diamalkan semua.
Yang penting,keazaman untuk menjayakannya & boleh diamalkan semua secara berterusan & bukan sekerat jalan.Selain itu,senaman & mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

d)Untuk mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baharu adlah seperti berikut:-
1)Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari,dibawa & dimakan di waktu pagi.
2)Pada waktu tengahari,jangan makan makanan yang mengenyangkan.Cukup sekadar buah-buahan @ jangan makan langsung.
3)Makan malam diawalkan & diambil dalam lingkungan 7.00-8.00 malam.
4)Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya.Jika perlu juga,cukup sekadar segelas susu @ buah-buahan @ makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makanan berat).
5)Sebagai amalan tambahan,berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin & Khamis).Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok.Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit @ minum.Pada hari ketika anda berpuasa,elok kalau anda melakukan senaman.
6)Setiap kali bangun pagi,waktu tengahari & sebelum masuk tidur di sebelah malam,amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis @ kasturi.Anda akan lihat kesannya selepas 2 minggu mengamalkannya.

Di Shaklee ada produk tea...memang boleh meningkatkan metabolisma..
Jom selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment