Sunday, 16 November 2014

NASI BIRU VS NASI KERABU

Maaf sedikit lambat bersiaran untuk hari ini..Disebabkan kekangan anak kurang sihat sedikit meragam..Tapi tidak mematahkan semangat saya untuk mengupdate blog juga hari ini..Hari ini saya jalan-jalan cari makan bersama kawan-kawan dan juga kiranya sesi ''reunion'' kami staff-staff lama yang pernah bekerja satu tempat.Walaupun masing-masing lain hala tujuan kini,alhamdulillah hari ini perancangan kami untuk ke sana menjadi.Dah banyak kali juga rancang,baru hari ini berkesempatan ke sana.Dimana yea???Di Bandar Tasik Puteri Rawang.



inilah kedainya..kepada yang ingin mencuba boleh pergi ke sana..nak buat untuk catering pun boleh......




inilah kami yang pernah bekerja bersama suata masa yang lalu..walaupun berpisah tetap boleh berkumpul macam ni lagi...alhamdulillah



tadaa...inilah dianya nasi biru..hehehe




Sambil-sambil itu sebenarnya nak juga ''promote'' kepada yang minat atau gemar dengan masakan pantai timur bolehlah berkunjung ke kedai 'saing' saya ni di Bandar Tasik Puteri,Rawang.Dia menjual nasi kerabu,nasi dagang,pulut panggang dan pulut kelapa dengan ikan goreng.Semuanya sedap-sedap belaka.Heeeheee...Waktu buka pagi sehingga jam 3 petang..Pada yang berkesempatan atau yang ingin mencuba bolehlah ke sana yea.Nak dijadikan cerita saya yang dulunya tidak pandai dan tidak suka makan nasi kerabu ni,tetapi sejak mencubanya dengan masakan darinya sedikit demi sedikit sudah pandai makan..Malah siap mengidam lagi waktu hamil dulu...hehehhe...


Sekian..terima kasih...


untuk sebarang pertanyaan mengenai suplement Shaklee boleh hubungi 

faezah 0163102372 sms/call/whatsapp/wechat/telegram

FB:faezah mohamed said    FB Pages :good health for life



Friday, 14 November 2014

PERBEZAAN ANTARA LECITHIN DENGAN OMEGA GUARD UNTUK KURUS

Assalamualaikum dan selamat petang...

Dengar tajuk bunyi macam best je kan!!Pasti ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara Lecithin dengan Omega guard.Sedangkan kedua-duanya sama berfungsi untuk menurunkan berat badan,cuma ada sedikit perbezaannya.Nak tahu??Mari saya ceritakan kepada anda yang mana masih musykil untuk mencari supplemen mana yang sesuai untuk menurunkan berat badan dengan selamat tanpa membahayakan kesihatan anda.




LECITHIN

-Diekstrak daripada kacang soya organik bukan-GMO.Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,fosforus dan lemak tak tepu.Fungsi Lecithin ialah mengemulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran.

-Emulsi lemak iaitu lemak yang dipecahkan kepada molekul lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan.Lecithin membantu membuang lemak apa yang kita makan.Diingatkan sekali lagi Lecithin berfungsi sebagai PENGEMULSI LEMAK.





OMEGA GUARD

-Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.Bukan dari hati minyak ikan tau!!Ianya tiga kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia.

-Omega Guard berfungsi sebagai pembakar lemak dengan membantu bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin.Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk mengurangkan selera makan.Jadi bila keinginan kita nak makan semakin berkurang maka dengan itu,kita boleh kekalkan berat badan yang ideal.



Kedua-dua supplement ini berbeza tindak balasnya.

Contohnya andaikan Omega Guard ini seperti kereta Honda,anda pasti tahu kereta Honda sudah semestinya bergerak pantas/laju..maka sama juga dengan Omega Guard bila kita makan pasti ia dapat membakar lemak dengan pantas,sebabnya Omega Guard memberi kita kurang rasa lapar.

Manakala Lecithin pula andaikan seperti kereta kancil pastinya anda tahu kereta honda dengan kancil mana lagi pantas bergerak,sudah semestinya kereta honda kan!!

Tetapi jika kedua-dua set ini digabungkan OMEGA GUARD dengan LECITHIN maka proses untuk anda menurunkan berat badan akan menjadi lebih pantas.




FUNGSI LECITHIN

#menyerap vitamin yang larut lemak

#melindungi hati

#pemecahan lemak dan kolestrol

#pelangsingan

#mencantikkan otot dan kulit

#memperbaiki elergi

#menghalang kejadian batu karang

#mempertingkat daya ingatan dan meringankan stress

#menghalang tekanan darah tinggi

#meringankan sembelit



FUNGSI OMEGA GUARD

#melicinkan kulit

#mencegah salur darah dari tersumbat

#mengurangkan sakit kepala

#merendahkan kolestrol

#mengurangkan risiko penyakit jantung

#mencegah penyakit gout

#memelihara fungsi-fungsi sendi


Dimana anda boleh dapatkan set ini :

fb:faezah mohamed said  sms/call/whatsapp/wechat/telegram 0163102372  

fb pages:good health for life  email: mamapae907@gmail.com

keistimewaan menjadi ahli

Thursday, 13 November 2014

NOVEMBER HOLIDAY

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selama seminggu bercuti di kampung suami di Besut Terengganu.Kali ini balik tidak melepaskan peluang bersiar-siar di tepi pantai,tambahan pula semua adik-beradik berkumpul lagi bertambah meriah suasananya.Kampung suami pula sangat berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik.Antaranya pantai bukit keluang.Di sana juga boleh juga nak memancing ikan bagi yang minat memancing bolehlah memilih tempat ini sebagai salah satu destinasi nak memancing ikan.Tambahan pula sekarang di sana musim hujan,jadi banyaklah ikan-ikan sungai.Burung-burung pun banyak juga di sana kerana tempat sawah padi.Padi pun tengah masak sekarang ni.









untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 

sms/call/whatsapp/wechat/telegram 0163102372  fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com

Wednesday, 5 November 2014

MANFAAT UTAMA LECITHIN SHAKLEE

Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO.Setiap satu kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu.




MANFAAT UTAMA LECITHIN

1)Menyerap vitamin yang larut lemak

#Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E,K yang larut lemak.

2)Melindungi hati

#Menghalang enapan lemak dihati,sirosis hati dan hati berlemak.Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3)Pemecahan lemak dan kolestrol

#Lecithin bertindak sebagai ''pembersih'' salur darah,pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

4)Pelangsingan 

#Menghalang obesiti.Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5)Mencantikkan otot dan kulit

#Membentuk membran sel,melembabkan dan menghaluskan kulit utnuk kulit yang cantik,mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

6)Memperbaiki alergi

#Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah,seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit dermatitis dan demam alergi.

7)Menghalang kejadian batu karang

#90% dari batu karang terjadi dari kolestrol,lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8)Mempertingkat daya ingatan dan meringankan stress

#Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran,memperbaiki daya ingatan,menghalang Alzheimer dan meringankan stress.Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9)Menghalang tekanan darah tinggi

#Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis,menggalakkan peredaran darah.

10)Memperbaiki prostat lelaki

#Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

11)Meringankan sembelit

#Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan,ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.



SIAPA YANG BOLEH AMBIL LECITHIN ??

#mereka yang ingin kurus termasuk ibu menyusu

#pesakit diabetes,buah pinggang dan stroke

#mereka yang kolestrol tinggi

#mereka yang mengalami inflamasi seperti gout

#mereka yang sukar tidur

#ibu hamil


untuk sebarang pertanyaan mengenai supplement Shaklee dan free konsulti dari saya boleh hubungi 

Faezah 0163102372 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)  fb:faezah mohamed said  

fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com

BAHAYA PEMBERIAN AIR KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN.WAJIB BACA NI !

Assalamualaikum.Salam sayang semua.Tajuk saya ini khusus kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang umurnya 6 bulan ke bawah atau kepada yang bakal menyambut kelahiran bayi boleh dijadikan info yang sangat berguna kepada anda.


Kenapa kita tidak boleh memberi sebarang air kepada bayi yang bawah umur 6 bulan??Ada sebabnya kita tidak boleh memberi air di awal waktu usianya kecuali air zam-zam.


SEBAB-SEBAB TIDAK BOLEH MEMBERI AIR KEPADA BAYI BWAH 6 BULAN

  1. Pemberian air kosong atau cecair lain atau jus buah dan sebagainya boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.
  2. Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan.
  3. Air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu.
  4. Air bertindak sebagai vektor iaitu pembawa kuman sekiranya air tidak bersih.
  5. Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan akibat kurangnya rangsangan hisapan oleh bayi.
  6. Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku.Bagi bayi yang berumur 5 minggu,air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan rendah,bayi akan menjadi kembung dan boleh mengakibatkan sawan tarik.


Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua dan kita boleh juga mengongsi info ini dengan orang lain.Terima kasih.


Untuk sebarang pertanyaan tentang suplemen Shaklee boleh hubungi saya :

Mama Hana <<0175690765>> sms/call/whatsapp/wechat/telegram 

Monday, 3 November 2014

MAKANAN YANG KEKANG NAFSU MAKAN

Ramai yang banyak makan kerana tidak dapat mengawal nafsu makan.Tetapi perkara penting bagi membantu menurunkan berat badan adalah mengurangkan nafsu makan.Jadi jika anda sukar hendak mengawal nafsu makan,anda boleh mencuba contoh-contoh makanan yang boleh menyekang anda dari nafsu makan yang terlampau.Untuk hari ini saya ingin mengongsikan bersama anda semua,selain itu kita juga boleh amalkan bersama.

EPAL

-Epal menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk anda berfikir bahawa perut sudah kenyang.Jadi amalkan memakan sebiji epal sebelum kita makan untuk membantu mengawal nafsu makan.



CILI MERAH

-1 sudu kecil cili merah cincang dimasukkan ke dalam makanan dapat mengurangkan nafsu makan.Pakar nutrisi mendapati capsaicin iaitu sebatian yang berperanan untuk memberikan rasa panas pada cili dapat mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.




RUMPAI LAUT

-Rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30% dan terus berasa kenyang sehingga waktu siang.




TEH HIJAU

-Teh hijau mengandungi katekin,iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak.Teh hijau mengandungi antioksidan yang diyakini memiliki kesan kepada hormon leptin,iaitu hormon yang berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan.Jadi amalkan minum teh hijau antara 3-6 cawan sehari bagi mempercepatkan tubuh membakar tenaga sel dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.




TELUR

-Kualiti protein telur adalah yang tertinggi dari setiap produk makanan secara keseluruhan.Kandungan protein yang tinggi ini mengawal berat badan.Makan 2 biji telur untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk makan yang berikutnya.Jadi lepas ini mari kita amalkan makan telur setiap kali sarapan,tapi tak perlulah setiap hari...Nanti jemu pula!


LIMAU NIPIS ATAU LEMON

-Lemon mengandungi pektin iaitu serat semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan sehingga anda berasa kenyang lebih lama.



AIR PUTIH

-Minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu menurunkan berat badan.


BAWANG PUTIH

-Bawang putih memberikan bau yang menyengat dapat merangsang rasa kenyang di otak sekaligus mengurangkan rasa lapar.Bawang putih merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin,yang mempercepat kadar metabolisma sehingga tubuh membakar kalori yang banyak.

Mari kita bersama-sama amalkan cara mengawal nafsu makan.Disamping badan kita sihat dan dapat juga kita mengurangkan berat badan.



untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya call/sms/whatsapp/wechat/telegram 016-3102372  fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com

Sunday, 2 November 2014

MINYAK IKAN BANTU KANAK-KANAK CEPAT MEMBACA

Assalamualaikum...

Macam seronok aje dengar bunyi tajuk saya pada kali ini.Tambah-tambah bulan ini promo Omega Guard lagi BEST la nak grab omega kan!!Mungkin banyak yang anda tidak tahu akan bagusnya omega ini pada kanak-kanak.Kanak-kanak setahun ke atas sudah boleh makan omega tapi dengan kuantiti sedikit sahaja.Untuk entry saya hari ini bagus untuk ibu-ibu di luar sana untuk mengetahu dengan lebih banyak lagi info akan kebaikan omega ini...Eh...betul ke minyak ikan ini boleh bantu kanak-kanak cepat membaca???Nak tahu???Jom...



Omega Guard merupakan makanan tambahan yang diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Omega Guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega termasuk EPA dan DHA.


Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA.DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan,menggalakkan fungsi otak,sistem saraf dan fungsi mata yang diperolehi melalui pemakanan.


Penyelidik Kanan Universiti Oxford,Dr. Alex Richardson berkata makanan tambahan omega-3 terbukti dapat meningkatkan perhatian kanak-kanak yang lemah membaca.

Pengambilan omega-3 juga meningkatkan perhatian kanak-kanak hiperaktif,disleksia serta mereka yang berdepan dengan gangguan perkembangan koordinasi.


Pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat membantu kanak-kanak lebih fokus.


Makanan tambahan minyak ikan kaya dengan kandungan kalsium dan omega yang baik untuk tumbesaran dan perkembangan otak.



KHASIAT OMEGA GUARD

#Mencegah gout

#Meningkatkan sistem imun tubuh

#Mencegah salur darah tersumbat

#Merendahkan kolestrol

#Mencegah pembekuan darah

#Memperbaiki masalah alahan kulit

#Mengelak stroke

#Mencegah penyakit lelah/asma

#Membantu menyihatkan paru-paru

#Menentang kanser

#Mengurangkan sakit kepala

#Mengawal risiko penyakit jantung

#Membantu perkembangan tumbesaran otak janin

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Faezah 016-3102372 call/sms/whatsapp/wechat/telegram  fb:faezah mohamed said  fb pages:good health for life  email:mamapae907@gmail.com