Monday 14 July 2014

PETUA DIDIK ANAK PINTAR

Sebelum masuk solat subuh,saya nak kongsikan 4 petua anak pintar..Dari sekarang patut kita amalkan..
Anak adalah anegerah Allah yang paling berharga dalam kehidupan kita..Tanpa anak tidak lengkaplah sebuah keluarga..

# 4 PETUA ANAK PINTAR #

1)Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan 'YA LATIFF' ke ubun-ubun kepalanya sebanyak    yang mungkin @ memadai 100 kali.

2)Membaca surah AL-FATIHAH 1 kali , ALAM NASYRAH 1 kali.

3)Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru dengan nama penuhnya          berbinkan @ berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka.Percakapan itu hendaklah berupa            nasihat,pujian & berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa & rohnya.

4)Ayah & ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih
  basah di tangan ke muka & ubun-ubun anak.

Semoga dengan tips yang berguna ini dapat kita manfaatkan bersama-sama..Sekadar perkongsian untuk anda semua termasuklah saya sendiri...Insyallah..
Salam subuh dari saya...

No comments:

Post a Comment