Sunday 1 June 2014

TIPS PERBANYAKKAN SUSU BADAN

Pengalaman saya sendiri bagaimana stress yang teramat kerana tidak dapat menyusukan bayi saya sendiri kerana susu tidak keluar...Melihat rakan-rakan lain di dalam wad menyusukan anak,di hati kecilku sedih kerana tidak dapat memberi susu buat puteriku yang tersayang....
Tambahan pula anakku kena 'joundis' ubat yang terbaik adalah susu ibu...
Setelah beberapa hari aku discharges,bermula dari itu aku tekad berusaha untuk menyusukan anakku sendiri dengan susu ibu...Alhamdulillah selepas bidan mengurut,penghasilan susu berjalan lancar....Seronok yang x terkata....
Selain itu aku amalkan makan sayuran yang merangsang pengeluaran susu seperti sawi,bayam & kobis...Pengambilan air putih yang cukup paling penting buatku...

Tips bagi ibu-ibu untuk perbanyakkan susu badan:

#direct feeding/perah/pam setiap 2-4jam
#ambil pemakanan yang seimbang & berkhasiat
#relax,bertenang,yakin dengan kemampuan untuk menyusu
#pengambilan air masak 3 liter ke atas
#jangan berdiet
#amalkan suplement untuk kesihatan
#amalkan zikir YA MATIN 70X setiap hari
#berdoa agar dipermudahkan usaha untuk menyusu





No comments:

Post a Comment