Wednesday, 19 November 2014

EPAL TURUNKAN KADAR KOLESTROL



Buah epal antara buah yang mudah untuk didapatkan.Buah yang berwarna merah rasanya manis,manakala buah yang berwarna hijau rasanya agak masam.Tetapi buah epal hijau sering menjadi pilihan bagi mereka yang sedang menjalani program diet.Namun begitu,epal merah dan hijau sangat sesuai untuk dijadikan salah satu kudapan mudah,terutamanya ketika lapar.Juga boleh dijadikan jus.


Bukan hanya mempunyai rasa yang enak,malah buah ini memiliki manfaat yang besar untuk keperluan tubuh terutamanya dari segi kesihatan.Sebahagiannya sering diketahui adalah bermanfaat dalam penurunan berat badan.


Kandungan pektin (sejenis serat) dan polifenal (salah satu antioksidan yang kuat) di dalam buah ini menjadikan ia sebagai agen yang baik bagi penurunan kadar kolestrol darah dan pencegah oksidasi kolestrol jahat (LDL) iaitu proses kimia yang mengubahnya menjadi plak yang menyumbat arteri.Oleh itu,untuk memaksimumkan manfaat epal,disarankan makan bersama kulitnya sekali kerana di bahagian inilah terdapat antara dua hingga enam kali ganda sebatian antioksidan.


Antara sebab megapa perlu amalkan memakan buah ini setiap hari demi kesihatan tubuh badan :


1)TINGGI SERAT

-Buah ini mengandungi kandungan serat sebanyak 5 gram atau 20% daripada keperluan pengambilan serat seharian.Disebabkan buah ini agak keras,epal memerlukan nada untuk mengunyahnya dengan sabar dan hal ini dpat memberikan peluang untuk otak memberi signal pada tubuh badan anda telah kenyang.Seterusnya,ia dapat mengelakkan anda mengambil terlalu banyak kalori sewaktu makan.

-Pemanis semulajadi di dalam buah ini akan memasuki aliran darah secara bertahap dan mengakibatkan tubuh anda dapat memelihara kadar gula darah dan kadar insulin di tahap yang stabil.Hal ini juga akan membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.Ini adalah lebih baik berbanding anda mengambil snek pemanis buatan yang biasanya membuatkan anda berasa cepat lapar kembali.


2)MUDAH BERNAFAS 

-Wanita yang mengambil buah epal ketika hamil,akan melahirkan anak dengan risiko rendah untuk menghidap penyakit asma,menurut kajian para penyelidik.Buah ini juga dapat melindungi paru-paru orang dewasa,menurunkan risiko asma,kanser paru-paru dan penyakit lain.


3)MELAWAN KANSER

-Hasil kajian makmal menunjukkan bahawa beberapa sebatian di dalam buah epal yang berair (berjus) mengekang pertumbuhan sel kanser,tetapi akan bekerja secara maksimum ketika epal dimakan seluruhnya (termasuk kulitnya).Orang yang mengambil epal lebih daripada sebiji setiap hari  juga berupaya menurunkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser mulut,esofagus,usus besar,payudara ovari dan prostat.


4)BUAT LEBIH PINTAR

-Mungkin disebabkan peningkatan penghasilan asetilkolin,iaitu zat kimia yang berfungsi bagi menghantar isyarat di antara sel-sel saraf,buah epal dikatakan dapat memlihara otak kekal fokus dan tajam seiring dengan pertambahan usia,meningkatkan memori dan berpotensi mengurangkan kemungkinan mendapat Alzheimer.


Selain itu anda juga boleh amalkan supplement Shaklee bagi mengurangkan kadar kolestrol..Antaranya :


OMEGA GUARD


MANFAAT OMEGA GUARD

#Mencegah salur darah dari tersumbat
#Mengekalkan tekanan darah normal
#Mengurangkan sakit kepala
#Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
#Mengawal masalah obesiti
#Mmebantu menyihatkan paru-paru
#Meningkatkan kecerdasan otak
#Mengurangkan risiko penyakit jantung
#Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin


SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)



MANFAAT ESP SHAKLEE

#Membantu merendahkan paras kolestrol
#Membekal tenaga sehingga berjam-jam
#Sebagai ajen anti penuaan
#Mengurangkan masalah keguguran rambut
#Mencegah insomnia dan tekanan
#Mengurangkan kedutan
#Menegangkan payudara


di mana anda boleh dapatkan supplement ini??

boleh hubungi saya 016-3102372 (sms/call/whatsapp/wechat/telegram)

fb : faezah mohamed said   fb pages : good health for life

email : mamapae907@gmail.com

27 comments:

  1. Kulit epal juga kaya dgn quercetin, satu bahan.antioxidants yg turut ada dalam Vivix Shaklee

    ReplyDelete
  2. Kulit epal sekarang dah tak boleh nak makan cmtu je kan...ade wax lilin..hurmm..makanan pun dah tak asli..so makan suplemen sbg ganti..

    NAK CANTIK, NAK SIHAT MEH BACA SINI

    ReplyDelete
  3. makan epal boleh turunkan kolestrol?
    kalo tak nak makan epal, makan je omega..kan senang

    bahayanya HB rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. epal pun makanan berkhasiat dari kategori buah...makan omega pun boleh

      Delete
  4. Bagus si buah epal ni..tapi saya kurang gema buah epal..ajdi saya ambik omega dan ESP..

    Inch Loss Plan

    ReplyDelete
  5. Suka buat salad buah. Campur2 buah then gaul dengan mayonis. Masukkan dalam peri sejuk. Pastu makan sejuk2. Sedap sangat. Kekadang tak makan nasi pun dah kenyang dah dengan tu.

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan yg berkhasiat juga sesuailah nak diet

      Delete
  6. Zoe suka makan epal.hijau ke merah ke..makan Shaklee lagi lah suka.

    resepi hati ayam goreng kicap

    ReplyDelete
  7. Wah..banyaknya khasiat epal..Bagus info ni..akk suka sangat epal cicah garam..heh heh

    Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

    ReplyDelete
  8. Bagi yang tak suka makan epal bolehlah ambil supplement shaklee utk kawal kolestrol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea betul sis mungkin ada juga yang tidak gemar makan epal,supplement shaklee pun ada bagi nak turunkan kolestrol

      Delete
  9. Saya tak minat epal hijau sebab masam amat.. saya suka amek omega je..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. betul tu sis,masa time hot jeuk jambu batu asam boi,epal hijau pun boleh juga buat begitu

      Delete
  11. Tengok epal teringat ayah. Ayah suka sangat makan epal :)

    ReplyDelete
  12. Epal dan sayur2. Blh rendam dgn basic . Supaya hilang semua bahan2 Kimia tu.. Sngt bahaya..
    Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    ReplyDelete
  13. Saya tak berapa suka makan epal ...tapi takpa...masih boleh dapat turunkan kolesterol dengan omega guard dan ambil vitamin shaklee lainnya. Sangat banyak manfaat buah epal diantaranya boleh elakkan kanser. Jadi kepada anda yg suka epal...teruskan makan epal ya..

    bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

    ReplyDelete
  14. Suka epal hijau berbanding merah..pastu cicah2 dgn kuah rojak.mmg trbaik

    SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

    ReplyDelete
  15. Epal hijau memang kegemaran sebab lebih rangup dari epal merah.

    Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

    ReplyDelete
  16. I like epal..Kalau pi pasar, mesti beli epal..Suka dengan kerangupannya..hehe.

    Jemput singgah>> Tips atasi stretchmark selepas bersalin

    ReplyDelete
  17. Kalau epal hijau ni suka sangatkalau dibuat juice. Kadang2 kalau saya rajin saya suka buat chicken salad. Yummy..

    ReplyDelete
  18. Bagus makan buah buahan nie.. dapat bnyak khasiat... yang pentinh buah kena segar...

    ReplyDelete