Monday 8 September 2014

AKTIVITI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA

Alhamdulillah seperti biasa saya bersiaran lagi...

Kali nak cerita pasal aktiviti hujung minggu bersama keluarga iaitu jalan-jalan di Zoo Negara bawa anak kecil mengenal haiwan...
Plan ni pun baru rancang pagi tadi...Al-kisahnya saya nyanyi lagu labah-labah pada anak,dengan spontan suami cakap...jom pergi zoo!!Bagus juga idea suami saya hahaaa....
Release tension selepas 1 minggu keje...sesi santai bersama keluarga pulak kan...

Ramai juga yang bawa keluarga riadah di Zoo hari ni...Alhamdulillah anak saya ok,tak buat hal mengamuk tak selesa..
Sekarang tiket masuk untuk dewasa RM30 seorang...tapi kalau nak melawat panda up...jadi RM50...


Seronok si kecil ni jalan-jalan di zoo...Biarpun dia tidak mengerti apa-apa...sekurangnya ada juga pengalamannya di usia kecil..terpaksalah anak saya ini dok di stroller kalau x lenguhla tgn mama dia ni...huhuuu...berat tau nak dukung si kecik ni...



Hanya ada pic anak dengan mamanya je...Abah dia tak suka berselfie huhhuhuuu....Walaupun letih berjalan,tapi kami sekeluarga puas....next time boleh datang lagi..tunggu anak besar sikitla baru seronok kan...Setakat sini sahajalah kita bersiaran yea...Anak dah mengamuk nak susu...
Ok selamat malam dari saya...



salam sayang dari saya...Mama Hana Zulaikha.....

No comments:

Post a Comment